3 anggota Polis IPD Kajang dicekup di pusat hiburan, positif dadah

Oleh ISMAIL YAHYA

Sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Selangor (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang (IPD)

Mereka telah melaksanakan serbuan di sebuah pusat hiburan yang terletak di Taman Dutamas, Cheras.

Menurut kenyataan Polis Selangor, hasil pemeriksaan mengejutkan apabila 14 individu ditahan kerana positif dadah berdasarkan ujian air kencing.

Lebih mengejutkan, tiga daripada individu yang ditangkap di pusat hiburan tersebut adalah anggota polis dari IPD Kajang sendiri.

Kesemua yang ditangkap kini ditahan di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, dan ketiga-tiga anggota polis tersebut telah direman selama sehari pada tarikh yang sama.

3 anggota Polis IPD Kajang dicekup di pusat hiburan, positif dadah

Anggota polis ini telah ditukarkan serta-merta ke Jabatan Pengurusan IPK sementara menunggu hasil siasatan.

Pihak polis juga menekankan bahawa siasatan tatatertib akan dijalankan sebagai sebahagian daripada tindakan dalaman.

Susulan insiden ini, satu lagi peringatan tegas dikeluarkan. Pegawai kanan dan pegawai rendah polis dilarang berada di pusat-pusat hiburan kecuali atas urusan rasmi, menurut kenyataan yang disampaikan oleh Ketua Polis Selangor, Dato’ Hussein Omar Khan.

Beliau juga menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pegawai polis yang melanggar arahan ini, terutamanya jika mereka terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Insiden yang berlaku di Cheras ini menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen mengenai tahap integriti di kalangan pegawai polis. Sebahagian daripada mereka bertanya, adakah ini realiti sebenar atau lebih parah?

Kebanyakan mereka berdebat tentang bagaimana pihak berkuasa mahu mendapatkan kepercayaan orang ramai apabila mereka yang diberi mandat untuk melindungi masyarakat terlibat dalam aktiviti yang melanggar undang-undang.

BACA: ‘Aku follow dari tadi…Aku rakam hantaq dekat IPD’ Lelaki cekup isteri kantoi curang dengan anggota Polis