5 jenis kacang ini boleh dibuat jadi jajan, sedap dah tu sihat lagi

Oleh ADINDA

Daripada mengunyah makanan rapu banyak bahan kimia dan pengawet lebih baik beralih kepada jajan jenis kacang.

Apa lagi dengan bulan Syawal yang bakal tiba, molek lagi hidangkan tetamu dengan kekacang berbanding biskut raya yang tinggi gula dan pewarna.

Ini 5 jenis kacang yang sesuai dijadikan jajan dan khasiat yang mungkin ramai tidak tahu:

5 jenis kacang ini boleh dibuat jadi jajan, sedap dah tu sihat lagi
5 jenis kacang ini boleh dibuat jadi jajan, sedap dah tu sihat lagi

1. Kacang Tanah

Anda boleh mendapat manfaat kacang tanah yang kaya protein, vitamin serta mineral dengan mengambil mentega kacang.

Namun, jangan makan lebih dari dua sudu kerana kandungan kalorinya tinggi.

Setiap hidangan 1 ons kacang tanah mengandungi 161 kalori, 0.4 g lemak, 4.5 g karbohidrat, 1 g gula, 2 g serat, dan 7 g protein.

Lebih elok jika anda amalkan makan jenis kacang ini sebegitu sahaja selepas digoreng.

2. Kacang Pistachio

Walaupun kecil, kacang pistachio kerap dijadikan makanan ringan lantaran kaya dengan nutrien dan antioksidan.

Kacang pistachio mengandungi kadar lutein dan zeaxanthin, yang dikenal sebagai nutrien yang baik untuk mata.

Setiap hidangan kacang pistachio seberat 1 ons mengandungi 159 kalori.

Selain itu, terdapat 12.8 gram lemak, 7.7 gram karbohidrat, 2.1 gram gula, 3 gram serat, dan 5.7 gram protein.

Jadi, bagi mereka yang mencari kudapan yang sihat, kacang ini boleh dijadikan pilihan.

3. Kacang Almond

Kaya dengan serat dan protein yang tinggi, kacang almond membantu mengurangkan keradangan dalam badan dan mengawal berat badan yang sihat.

Jangan tak tahu, kacang almond kaya dengan vitamin E. Satu hidangan kacang ini menyediakan 60 peratus zat daripada keperluan harian anda.

Makan kacang ini dapat menurunkan risiko terkena penyakit barah usus.

Setiap hidangan kacang almond seberat 1 ons mengandungi 164 kalori.

Selain itu, terdapat 14 gram lemak, 6 gram karbohidrat, 1 gram gula, 3.5 gram serat, dan 6 gram protein.

4. Kacang Gajus

Boleh menjadi pengganti tenusu yang hebat, kacang gajus mengandungi pelbagai jenis serat dan zat besi lebih daripada kacang lain.

Khasiat zat besi yang tinggi membuatnya sangat baik jika dimakan setiap hari.

Itu sebabnya mengambil kacang gajus setiap hari dapat memberi manfaat yang baik kepada kesihatan anda, terutamanya dalam memenuhi keperluan zat besi dalam tubuh.

Setiap hidangan kacang gajus seberat 1 ons mempunyai 160 kalori, 12 g lemak, 9 g karbohidrat, 1 g gula, 2 g serat, dan 5 g protein.

5. Kacang Macadamia

‘Rakan’ biskut ini kerana kerap digunakan dalam pembuatan makanan itu mengandungi thiamin dan lemak tak tepu yang turut terdapat dalam minyak zaitun.

Setiap hidangan kacang macadamia seberat 1 ons mengandungi 204 kalori.

Ia juga mengandungi 21 gram lemak, 3.9 gram karbohidrat, 1 gram gula, 2 gram serat, dan 2.4 gram protein.

Bagi sesiapa yang ingin berdiet tetapi suka mengunyah sesuatu, ini mungkin pilihan yang baik.

Baca :

Kabel dasar laut rosak, ganggu trafik internet Asia

Gara – gara marah, lelaki ini bentang sejadah di tengah jalan raya & doa agar polis ‘diazab’

Stadium Gaza jadi tanah perkuburuan, rangka dan jasad atlet ditanam di situ