6 Menteri Besar sebulat suara bubar DUN pada hujung bulan JUN

Oleh GEMILANGDAILY

6 Menteri Besar sebulat suara bubar DUN pada hujung bulan JUN. Teka-teki tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) di enam negeri bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) dijalankan terjawab selepas Menteri Besar Selangor

, Datuk Seri Amiruddin Shari mengesahkan proses itu dijangka berlaku pada dua minggu terakhir Jun.

“Alhamdulillah kami berenam mengambil kesempatan minum petang di Kuala Lumpur sempena Mesyuarat Majlis Raja Raja yang bersidang dua hari ini.

6 Menteri Besar sebulat suara bubar DUN pada hujung bulan JUN

“Secara ringkas, kami mencapai kata sepakat untuk mempertimbangkan pembubaran DUN masing-masing dalam dua minggu terakhir Jun 2023,” katanya menerusi kenyataan bergambar yang dimuat naik di akaun Facebook peribadi milik Menteri Besar Selangor itu pada Rabu.

Turut hadir pada pertemuan itu Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor; Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Jelas Amirudin, persefahaman ini sudah pasti akan dimaklum serta dibincangkan di peringkat parti masing-masing sebelum dipersembah bagi tujuan perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan, Yang Dipertuan Besar serta Tuan Yang Terutama Negeri masing-masing.

“Semoga persefahaman ini dapat mempermudahkan usaha rakyat untuk merayakan demokrasi kelak, Insya-ALLAH,” katanya.

BACA:

Tak puas hati dengan layanan isteri, bapa tergamak ‘balun’ anak tiri sampai mengandung 6 bulan

MB Selangor dedah ada pencarum KWSP mampu belanja 68sen sehari masa pencen