Abang serba salah, adik pula tak tahu dah buat salah – Gelagat kanak-kanak ini menghiburkan

Oleh ADINDA

Ramai terhibur dengan gelagat sepasang kanak-kanak dipercayai adik beradik apabila berdepan orang tua mereka.

Menerusi video yang tular, abangnya nampak teragak-agak dan serba salah untuk memberitahu apa yang berlaku.

Puncanya si adik mengucapkan perkataan tak senonoh tetapi dia nampaknya hanya ketawa mungkin tidak tahu dia sudah buat salah.

Abang serba salah, adik pula tak tahu dah buat salah - Gelagat kanak-kanak ini menghiburkan
Abang serba salah, adik pula tak tahu dah buat salah – Gelagat kanak-kanak ini menghiburkan

“Jangan marah saya. Saya hanya mahu beritahu bahawa dia (adik perempuan)… ia adalah perkataan yang (tak senonoh)…

“Jangan marah saya… dia kata sh*t,” kata si abang dengan nada seperti serba salah.

Habis saja si abang mengadu, adik perempuan di sebelahnya yang sejak awal memerhati dan mendengar selamba sahaja ketawa.

Reaksi comel dengan dua perwatakan berbeza kanak-kanak berkenaan yang masing-masing memegang gula-gula menarik perhatian orang ramai.

“Saya suka bahasa badan budak lelaki itu. Selesai mengadu, dua menjatuhkan tangannya ke sisi. Si adik pula kemudiannya ketawa.

“Comel gelak dia. Macam mana nak marah dia. Dia nakal tapi comel, semua dalam satu masa.

“Bukti-bukti yang dibawa ke mahkamah yang mulia tidak sepadan dengan jenayah dan pelaku sudah menghidu kemenangan,” usik warga maya.

Dalam masa sama, orang ramai juga secara bergurau agar abang budak perempuan itu dapat mengekalkan tingkah laku baiknya tanpa “dipengaruhi” dengan perangai si adik.

“Saya harap dia tidak pernah berubah. Dia hebat. Saya harap dia (si adik) tidak mempengaruhinya,” seloroh warganet lagi.

Baca :

Terkejut besar bumbung kena langgar, rupanya ini identiti penunggang ‘motosikal terbang’

Cara ambil ukuran baju supaya tak salah pilih jika nak beli ‘online’

Rambut selalu gugur? Anda boleh DIY sendiri cara merawatnya guna bahan semulajadi