Ac Mizal didakwa dah lupakan anak, akhirnya bekas isteri buka mulut bersuara

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Bekas isteri AC Mizal, Shafnie Zainudin buka mulut kononya anak lelakinya dikatakan telah dilupakan oleh bapa kandung sendiri. Betul ke?

Sebaliknya Shafnie menjelaskan, anaknya itu hanya menangis kegembiraan apabila sah bergelar suami..

Biasalah suasana majlis pernikahan. Sebab nak melangkah ke alam kehidupan baru kan?

Ac Mizal didakwa dah lupakan anak, akhirnya bekas isteri buka mulut bersuara

Tapi ia lebih ke tangisan bahagia, anak pula sebak kerana dia paling rapat dengan saya.

Harap benda lepas jangan diungkit sebab masing-masing ada kehidupan sendiri.

Dakwaan itu tercetus apabila tersebar video menunjukkan anak lelakinya itu menangis ketika majlis pernikahannya.

Baru-baru ini, anak kepada Datuk AC Mizal sudahpun selamat mendirikan rumah tangga pada 11 November 2023. Bagaimanapun, disebalik berita gembira ini ada pula perkara yang kurang baik untuk didengar selepas timbul spekulasi mendakwa Datuk AC sudah melupakan anaknya.

Pada masa yang sama, ibu kepada pengantin baru ini juga turut menyatakan dirinya tidak berasa seorang diri setelah kedua-dua anaknya telah pun mendirikan rumah tangga masing-masing memandangkan dia masih mempunyai seorang anak hasil pernikahannya bersama suami setelah berpisah dengan AC Mizal.

Baca juga:Kertas conteng ini dijual RM817,000, rupa-rupanya ini punca harganya mahal ada kaitan dengan Apple