Ada lagi ke pemandu kereta yang mahu guna laluan motor? Ini bakal dialami kalau masih berdegil

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Satu sedutan video tular memaparkan sekumpulan penunggang menyekat seorang pemandu kereta di laluan khas untuk motosikal itu.

Lokasi dipercayai di laluan motor dekat Lebuhraya Persekutuan ketika waktu puncak dengan kelihatan banyak penunggang menggunakan laluan itu.

Mereka terpaksa menghalau pemandu kereta mewah itu kembali ke lebuh raya yang sepanjang 48 kilometer (km) dari Bangsar ke Klang itu.

Ada lagi ke pemandu kereta yang mahu guna laluan motor? Ini bakal dialami kalau masih berdegil
Ada lagi ke pemandu kereta yang mahu guna laluan motor? Ini bakal dialami kalau masih berdegil

Rata-rata netizen mengecam sikap pemandu berkenaan yang berbahaya kepada pengguna laluan motosikal itu.

Warganet juga memuji sikap peka dan solidariti dalam kalangan penunggang motor demi keselamatan bersama.

Dalam masa sama, ada berseloroh mungkin pemandu berkenaan ‘tersesat’ gara-gara mengikut arahan menerusi aplikasi Waze.

“Mantap semua rider. Apabila bersatu baru mereka goyang.

“Respect kau bro. Orang macam ni memang kena buat macam ni. Mentang kereta besar suka hati mak pak dia je nak lalu tempat motor.

“Alasan dia kepala tertinggal di rumah.

“Sengaja ni nak lepas sesak dia. Kurang ajar,” demikian antara komentar warga maya.

Baca  :

Afieq Shazwan isi ‘kekosongan’ Raja Pop di pentas juara lagu

Ada yang melayang hampir RM100,000, ini nasihat bekas pesakit kanser selepas ‘berubat’ dengan bomoh

Mudah rupanya nak turunkan kolesterol, cubalah petua minum air rendaman bendi