Ada Pulau Syirik di Melaka? Tak pernah dengar pun..

Oleh GEMILANGDAILY

Ada Pulau Syirik di Melaka? Tak pernah dengar pun.. Bila cerita tentang pulau, mesti anda terbayangkan angin sepoi-sepoi pasir cantik,

tempat healing tapi Pulau Besar di Melaka, ia lebih dikenali dengan “amalan yang menyimpang daripada agama Islam” seperti berdoa kepada kubur, perigi, dan pokok.

Orang ramai mempercayai di Pulau Besar ini ada seorang ‘wali Allah’ yang sangat masyhur di seluruh dunia iaitu keturunan ke 18 Rasullullah SAW. Beliau dikenali sebagai Sultan Al-Ariffin atau nama sebenarnya As Sayyid Ismail.

Ada Pulau Syirik ada di Melaka? Tak pernah dengar pun..

Ketika beliau sedang menziarahi Makam Rasul di Madinah, beliau mendapat arahan untuk berdakwah di Alam Melayu. Oleh sebab itulah beliau dan beberapa rombongannya pergi ke Pulau Besar bagi mengembangkan ajaran Islam sehinggalah beliau meninggal dunia di sana.

Oleh sebab itu lah makam ini menjadi tarikan utama di Pulau Besar tetapi apa yang mengejutkan ada ramai orang yang berdoa memohon hajat di depan makam dan meminta ‘air penawar.’

Selain itu juga, di Pulau Besar ini juga ada kubur nenek kebayan atau nama sebenarnya Nenek Fatimah. Ada jugak yang kata ianya makam Inang Sih yang dikenali sebagai Dang Wangi iaitu isteri kepada Laksamana Hang Jebat.

Turut dikatakan ada kubur yang mempunyai kepala batu nisan perempuan tetapi di bahagian kakinya batu nisan lelaki. Malah ada yang percaya kalau anda mengelilingi makam ini sambil menjirus air dan berhajat di dalam hati, hajat tersebut akan termakbul.

Image

Tidak jauh daripada kubur tersebut, ada perigi yang juga dikatakan milik Nenek Kebayan. Ada yang percaya, kalau nak memohon atau berhajat, anda mesti turun dan kocak-kocak airnya. Barulah hajat tersebut termakbul.

Ada juga percaya di Pulau Besar ini menempatkan 146 buah kampung orang bunian termasuklah di Marina Resort yang dikatakan tidak lagi beroperasi kerana tidak mendapat persetujuan bersama antara pemaju dan ‘penghuni asal’.

Antara kejadian yang pernah berlaku adalah sebuah jentolak yang meletup sewaktu kerja-kerja meruntuhkan tanah sedangkan dijalankan sehinggalah pemandu jentolak tersebut meninggal dunia.

Image

Di sini juga dipercayai wujudnya telaga bunian. Menurut masyarakat setempat, telaga tersebut merupakan telaga pertama di Pulau Besar, hasil daripada munajat Pak Syeikh bagi mendapatkan bekalan air tawar sehingga kini.

Terdapat sebuah tasik kecil berdekatan yang dikenali sebagai tasik bunian. Ada yang mendakwa dia pernah ternampak Puteri Mayang Nilam Sari dan kekandanya sedang menabur bunga di tasik tersebut.

Ada pengunjung yang datang untuk mencari ikan dan ketika nak balik ke Jeti Umbai menaiki bot, bot yang dinaiki itu tidak jumpa jalan balik.

Image

Terdapat sebuah gua yang bernama Gua Yunus. Nama tersebut diambil bersempena dengan nama orang pertama yang menjumpai dan menjadikan gua tersebut sebagai tempat bertapa.

Menurut penduduk kampung, sewaktu Syeikh Yunus tinggal di dalam gua ini, seminggu sekali sahaja dia akan keluar untuk mendapatkan bekalan.

Image

Sehingga satu masa, terlalu lama sangat Syeikh Yunus tidak keluar dari gua tersebut, mereka beramai-ramai pergi ke gua untuk melihat keadaan dia di sana.

Setibanya mereka di gua tersebut, penduduk kampung tidak menjumpai Syeikh Yunus. Batu yang jadi tempat duduk semasa di dalam gua itu pun sudah bertukar warna putih. Padahal sebelum ini ianya berwarna hitam.


Ada yang sanggup bertapa di sini selama tiga hari semata-mata untuk dapatkan batu hikmat untuk tujuan dunia seperti perubatan, disanjung ramai dan ilmu. Menurut kepercayaan mereka, batu itu diberikan oleh seorang ‘Puteri’.

Terdapat juga sebatang pokok, yang mana dulunya ada pasangan kekasih tengah berdua – duan bercengkerama di bawah pokok ini. Disebabkan mereka terlanjur, mereka ditangkap dan disula di bawah pokok tersebut.

Image

Menurut cerita masyarakat setempat, terdapat sebuah batu setinggi 3 meter dan mempunyai rekahan di tengah-tengahnya lebar lebih kurang 35 cm dengan kedalaman sejauh 1.5 meter. Rekahan tersebut hasil belahan Panglima Lidah Hitam.

Menurut mereka ratusan tahun dulu, sekumpulan pendekar menunjukkan kehebatan ilmu masing-masing. Ada yang membelah pokok besar dengan hanya sekali cantas, membelah bukit dengan sekali libas.

Panglima Lidah Hitam rasa tercabar dengan kekuatan kawan-kawannya, lalu dia pun menjelirkan lidahnya yang hitam itu dan membelah batu tersebut.

Ada juga yang datang berzikir di hadapan Makam Tujuh Beradik. Tujuh beradik yang dimaksudkan ialah tujuh orang bersaudara seperguruan yang dikatakan mempunyai ilmu yang sangat tinggi, dunia dan akhirat.

Dikatakan mereka ini berasal dari Palembang dan datang ke Pulau Besar dengan satu tujuan, mengembangkan ilmu persilatan dan mereka ini mempunyai ramai pengikut dari seluruh nusantara.

Mereka juga dipercayai pahlawan Sumatera yang menyerang Melaka. Mereka telah tewas dan mati dalam pertempuran dan dikebumikan di Pulau Besar bersama-sama.

Ramai pengunjung tak kiralah Melayu, Cina dan India sangat yakin yang makam di Pulau Besar ini mempunyai kuasa ajaib yang luar biasa sehingga ada yang memuja dan berzikir di hadapan makam.

Komen warganet :

Wan Zali : Pernah pergi dulu. Memang merepek. Dengan banyak gambar2 wali apa tah digantung macam dipuja. Buka lagi alunan zikir yang entahlah. Rasa macam menyimpang jauh. Pulau Besar tu pun jadi port tokan dadah dulu, masa pergi tengok polis rush budak2 kerja resort semua lari masuk hutan.

Apik Shin : Dulu sy study dkt Melaka. Dan ada sorang kwn ni kalau nk dekat final exam ja dia dgn family dia mesti p situ utk “melawat” makam dkt situ. Dia ckp mmg dari kecik setiap kali nk ambik exam, mak dia bwk g pulau ni. Tp result dia biasa ja la, assignment buat last minit jgk

Najwa : Teringat dulu masa belajar ada buat latihan berkayak ke sini. Malam tu tidur di sini 1 malam. Dah pagi baru perasan ada makam keliling kami????esok subuh pergi ke masjid/surau terdekat untuk mandi. Yang lelaki mandi je kat perigi tepi tu. Then geng lelaki nak solat jemaah di masjid

Affendi : Kekadang pelik yang kata pernah nampak lagenda lagenda macam Puteri Mayang Nilam Sari utk kes yang ni. Macam mana dia tahu yang dia nampak tu Puteri Mayang Nilam Sari?? Puteri tu datang bagitahu nama dia ke? Sama macam yang kata pernah mimpi nampak hang tuah hang jebat. Pelik aku

Idderes MH : Kali terakhir pergi sini masa tahun 1987. Masa tu ramai aktiviti memuja ada di sini. Pelik nampak macam macam orang bawa kain kuning, pulut kuning, telur rebus berhampiran makam.

BACA:

“Kerana ikut kehendak isteri nak kerja konon nak bantu aku, tiba-tiba dia ada adik angkat yang ‘angkat’ dia buat aku terduduk”

Geramkan kucing jiran suka sangat ‘berak’ di laman rumah kita, ini petua elak perkara ini terjadi no 5 paling menjadi