Adoi! Raya 22hb, tapi gaji lepas raya? Macam mana ni! Ini yang perlu anda lakukan untuk ‘survive’ sampai hari gaji

Oleh GEMILANGDAILY

Adoi! Raya 22hb, tapi gaji lepas raya? Macam mana ni! Ini yang perlu anda lakukan untuk ‘survive’ sampai hari gaji.

Raya tahun ini agak “sakit” untuk beberapa pekerja swasta lebih-lebih lagi apabila Aidilfitri dijangka akan jatuh pada 22 April.

Kebanyakan pekerja swasta, gaji mereka biasanya akan keluar pada 25hb sehingga 7hb.

Adoi! Raya 22hb, tapi gaji lepas raya? Macam mana ni! Ini yang perlu anda lakukan untuk 'survive' sampai hari gaji

Berbeza pula dengan penjawat awam, mereka biasanya akan mendapat gaji awal iaitu pada 17hb dan dengar ceritanya bonus pun akan dapat sekali. Wow!

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok telah kongsikan video mengatakan yang dia dapat gaji 26hb sedangkan raya pada 22hb. Di ruangan komen, ramai netizen yang boleh relate.

Yelah, macam yang korang tahu, bila tibanya hari raya memang banyak betul persiapan nak kena buat, nak beli baju raya, sediakan duit raya, servis kereta dan macam-macam lagi. Ini belum masuk kos untuk pulang ke kampung pulak.

Disebabkan ini, Lobak Merah telah bertanya sendiri kepada beberapa pekerja swasta tentang apa pengorbanan yang perlu dibuat bagi membolehkan dorang menyambut raya.

Menurut Aryl, disebabkan raya tahun ini jatuh pada hari sebelum gaji, dia terpaksa menangguhkan rancangan untuk pulang beraya di kampung dan membuat persiapan serba sederhana. Selain itu juga, dia turut mengatakan duit gaji yang diterima untuk bulan Mac pula terpaksa dicatu untuk membeli barang basah raya.

Persiapan asal ada lepastu kena catu belanja, sebab nak prepare beli barang basah untuk raya.”

Bagi Natalia pula, cara dia untuk survive raya tahun ini adalah dengan tidak memberikan duit raya kepada anak-anak buahnya.

No duit raya! Tak ada beli barang baru untuk rumah seperti langsir baru dan saya hanya akan beli satu je baju raya basic untuk raya pertama. Ini bermakna, baju je baru, no kasut raya, no tudung raya, no handbag raya.”

Azlin, Wan, Sazzy & Sue pula, pengorbanan yang perlu dibuat untuk memastikan duit mereka cukup sehingga raya nanti adalah dengan tidak berbuka puasa di luar, masak sendiri dan elak beli makanan di bazar.

Kena asingkan duit awal-awal so that tak overspend untuk puasa & raya.”

5 Tips Jimat Buat Persiapan Raya 650X390 1

Untuk Zati pula, dia memilih untuk membuat kerja-kerja sampingan seperti menjual kuih raya dan menjadi ejen baju raya bagi mendapatkan pendapatan extra.

Manakala Nadira, pada tahun ini dia terpaksa memakai baju raya lama kerana mahu membelikan baju raya untuk anak-anaknya serta menyimpan duit untuk perjalanan pulang ke kampung halaman di Negeri Sembilan.

Raya tahun ni saya pakai baju lama je lah, beli baju baru untuk anak-anak je.”

Persiapan raya ni memang memerlukan belanja yang agak banyak, lepastu pula bulan puasa pun tetap kena guna duit untuk beli barang berbuka dan sahur, jadi memang agak susah untuk orang yang dapat gaji lepas raya ni nak beraya sakan.

Takpelah, rayakan sebulan, nanti dah dapat gaji baru buat open house okay?

BACA:

“Institusi Masjid dan Surau hendaklah bebas dari campur tangan politik kepartian” – MB Perlis

Setelah 19 tahun dalam pasaran China, akhirnya AMAZON ‘tutup kedai’ rupanya ini punca sebenar