Afieq Shazwan isi ‘kekosongan’ Raja Pop di pentas juara lagu

Oleh AHMAD BADRUL

Selepas penyanyi hebat, Datuk Jamal Abdillah, menarik diri daripada pertandingan Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) menerusi lagu duet dengan penyanyi Wany Hasrita, iaitu “Kucuma”, syarikat rakaman lagu tersebut, FMC Music, telah memberikan penjelasan.

Berdasarkan maklum balas yang diterima oleh OhBulan!, FMC Music mengesahkan bahawa penyanyi yang terkenal dengan gelaran ‘Raja Pop’ telah menarik diri daripada membuat persembahan di pentas AJL38 yang akan datang.

Menurut Pengarah Eksekutif FMC Music, C.F Ho, keputusan itu juga telah disokong oleh pihak yang menerbitkan anugerah terkenal tersebut.

Afieq Shazwan isi 'kekosongan' Raja Pop di pentas juara lagu
Afieq Shazwan isi ‘kekosongan’ Raja Pop di pentas juara lagu

“Pihak kami tidak dapat berbuat apa apa jika keputusan itu telah dibuat sendiri oleh Datuk Jamal dan dipersetujui oleh pihak penerbitan.

Sebelum itu Datuk Jamal sendiri ada memberitahu saya untuk menarik diri, namun saya mencadangkan agar Datuk Jamal memaklumkan sendiri pada pihak penerbitan AJL kerana perkara ini terletak di luar bidang kuasa kami selaku syarikat yang menerbitkan lagu.”

Dalam masa yang sama, FMC Music juga mengumumkan bahawa penyanyi yang berumur 65 tahun akan diganti dengan penyanyi muda yang berbakat iaitu Afieq Shazwan selepas mendapat persetujuan dari pencipta lagu, Ezra Kong.

“Setelah berbincang dengan Ezra Kong selaku pencipta lagu, FMC Music telah bersetuju untuk menamakan penyanyi Afieq Shazwan sebagai pengganti kepada Datuk Jamal untuk berduet bersama Wany Hasrita dipentas akhir AJL nanti.

Keputusan pemilihan ini dibuat berdasarkan kredibiliti dan kemampuan Afieq.

Kami yakin Afieq mampu memberikan persembahan dan kerjasama yang baik dengan Wany Hasrita.”

Sebelum ini, Jamal, atau lebih dikenali sebagai Jamal Ubaidillah Haji Mohd Ali, telah mengumumkan bahawa beliau tidak akan menyertai pertandingan di pentas akhir AJL38.

Menurut penyanyi lagu ‘Penghujung Rindu’, dia terpaksa menarik diri kerana dia sudah berjanji untuk melakukan kerja lain yang telah dipersetujui lebih awal.

Baca :

Ada yang melayang hampir RM100,000, ini nasihat bekas pesakit kanser selepas ‘berubat’ dengan bomoh

Cuba 6 cara ini jimatkan bateri telefon, tidaklah gelabah sangat cari ‘power bank’

Siap boleh kawal dan buat pilihan dalam mimpi, tak sangka memang ada istilah untuk mimpi ini