Airmata Angeline Tan menangis depan Kaabah raih perhatian netizen

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Sabri Yunus, baru-baru ini telah berkongsi sebuah video yang menyentuh hati netizen dan peminat di seluruh negara.

Dalam video yang kemudiannya menjadi viral, isteri Sabri, iaitu aktres Angeline Tan,

Dapat dilihat menangis dengan penuh keharuan sambil menadah tangannya memohon doa di hadapan Kaabah untuk pertama kalinya dalam hidupnya.

Airmata Angeline Tan menangis depan Kaabah raih perhatian netizen

Air matanya adalah air mata kita juga, semoga Allah melindungi kita semua.

Di dalam ruangan komen, netizen secara amnya turut mengirimkan doa agar urusan pasangan suami isteri ini dipermudahkan dan rumah tangga mereka kekal harmoni hingga ke syurga.

Netizen juga menyatakan perasaan terharu melihat Angeline terpilih untuk menjadi tetamu Allah di tanah suci.

Sebagai makluman, Angeline Tan yang terkenal dengan drama sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu bersama Sabri pada era 90-an baru-baru ini memeluk Islam pada 26 September yang lalu.

@sabriiyunus♬ original sound – Sabri Yunus

Angeline, yang kini dikenali sebagai Ardini Angeline Tan, kemudiannya sah bergelar isteri Sabri Yunus pada 14 Oktober yang lalu.

Pasangan tersebut telah pergi ke tanah suci untuk menjalani ibadah umrah pada 10 Disember yang lalu.

BACA” Jaga OKU terlantar? Pesakit kronik terlantar? Ini cara mohon bantuan RM500 ramai tak tahu