‘Aku follow dari tadi…Aku rakam hantaq dekat IPD’ Lelaki cekup isteri kantoi curang dengan anggota Polis

Oleh ISMAIL YAHYA

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok mendedahkan detik-detik mendebarkan ketika dia berjaya mengekori isterinya

yang sedang menaiki kereta bersama seorang anggota polis.

Apa yang mengejutkan, petugas PDRM itu didakwa menjalinkan hubungan terlarang dengan wanita tersebut.

“Buka pintu, bini kita… Aku follow dari tadi… Aku rakam hantaq dekat IPD,” kata lelaki yang menggelar dirinya Angah.

Tidak dapat menahan rasa kecewa di hati, Angah segera turun dari kereta dan merakam situasi tegang itu.

'Aku follow dari tadi…Aku rakam hantaq dekat IPD' Lelaki cekup isteri kantoi curang dengan anggota Polis

Terjahan tersebut dilakukan di sekitar kawasan sebuah pondok polis, di mana petugas-petugas lain juga berada di situ. Walaupun cuba ditenangkan, amarah Angah semakin membuak-buak.

“Buka, buka, buka! Allahuakhbar! Awat tak buka? Hah pasaipa nak lari?”

@angahtowing7 terima kasih ya Allah ..dgn petunjukmu.doaku dimakbulkan.sekadar kongsi untuk pengajaran.org dok mai cerita kata isteri hg ada hubungan sulit dengan anggota polis .dah terbukti..terima kasih ya Allah..doa dimakbulkan .. #fypシ #pdrmmalaysia #pdrmterbaik🇲🇾 #bukitaman #ketuapolisnegara #kpn #tatatertib #kdn #fyp #fyp ♬ bunyi asal – Angahtowing7

Angah terus mendesak agar pintu kereta jenis Myvi itu dibuka, tetapi isterinya telah mengunci dari dalam

. Berdasarkan keterangan yang disertakan di ruangan kapsyen, Angah berkata dirinya mula mengetahui tentang perselingkuhan itu daripada pemberitahuan orang lain. Kini, khabar angin berkenaan terbukti benar di hadapan mata kepalanya sendiri.

“Terima kasih Ya Allah, dengan petunjuk-Mu… Sekadar kongsi untuk pengajaran,” katanya.

Tak lama kemudian, isterinya terus menekan pedal kereta dan beredar dari situ. Meskipun pahit untuk diterima, Angah memanjatkan rasa syukur kerana semua doa-doanya kini dimakbulkan Allah.

Segala petunjuk mengenai perselingkuhan isterinya kini terjawab dengan sangat nyata.

BACA: Rupanya industri ketum di Amerika Syarikat sama situasi di Malaysia