Aliff Syukri kecam isteri sendiri pakai selekeh, sekali orang ramai tampil backup berjemaah

Oleh GEMILANGDAILY

Aliff Syukri kecam isteri sendiri pakai selekeh, sekali orang ramai tampil backup berjemaah. Siapa sahaja yang tidak kenal dengan usahawan popular bernama Aliff Syukri ini.

Sering muncul di sosial media dengan pelbagai gelagat lucu, ramai terhibur dengan keletahnya.

Malah suaranya yang unik juga buatkan namanya mudah diingati dan sering jadi perhatian ramai.

Bagaimanapun, baru-baru ini Aliff Syukri memuat naik satu video menerusi akaun TikTok miliknya telah menjadi perhatian netizen.

Aliff Syukri kecam isteri sendiri pakai selekeh, sekali orang ramai tampil backup berjemaah

Dalam perkongsian rakaman itu, Aliff Syukri menunjukkan pakaian yang digayakan anak-anaknya ketika berada di lapangan terbang. Diberitahu setiap apa yang disarungkan dengan harganya sekali.

Namun bila tiba giliran isterinya, Aliff Syukri ‘kritik’ gaya ringkas pemakaian buah hatinya itu. Katanya sedih tengok. Berikut adalah perkongsian rakaman Aliff Syukri sedih tengok pemakaian ringkas isteri tersebut:

@aliffsyukriterlajaklaris Replying to @Nur Rahaiyuee Aziz ♬ Fun and happy whistling and ukulele(930822) – yutaka.T

Wow, boleh tahan harga baju anak-anak Aliff Syukri! Biarpun dikritik pemakaian ringkas isteri Aliff Syukri, namun ramai yang puji kerana kesederhanaanya itu.

Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok ini:

“Datin dah sedia cantik. Pakai apa pun cantik. Sebenarnya Datuk dah bertuah sangat dapat isteri yang macam datin ni..Nampak bersederhana je”

BACA:

“Saya kena buang kerja tapi tak sampai hati nak bagitau wife, 3 bulan terpaksa berlakon”, pemuda ini luah keperitan zaman PKP

Muntah hijau dapat jiran macam ni – “selamba je dia kencing, campak tuala wanita dari tingkap”