Anak arwah Harun Salim Bachik jadi calon PRN di negeri Selangor

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Anak arwah Harun Salim Bachik jadi calon PRN di negeri Selangor

Mungkin ramai tidak mengenali nama Danial Al-Rashid Haron, berbanding bapanya iaitu pelakon veteran Allahyarham Harun Salim Bachik yang sangat popular melalui lakonan di kaca televisyen.

Namun, Danial yang juga calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga

Anak arwah Harun Salim Bachik jadi calon PRN di negeri Selangor

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor tidak mengikut jejak arwah bapanya sebagai anak seni kerana lebih meminati dunia politik.

Lebih minat politik

Tak guna populariti arwah bapa

Malah, Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor yang berusia 37 tahun itu tidak menggunakan populariti arwah bapanya untuk dikenali rakyat sebaliknya melakukan usaha sendiri bagi memenangi kerusi DUN tersebut.

Meskipun bersaing tiga penjuru menentang calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Rina Mohd Harun dan wakil parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Saiyidah Izzati Nur Razak Maideen, dia bukan individu asing dalam kalangan penduduk di situ.

Danial berkata, dia pernah menjadi Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selama dua tahun selain terbabit dalam pentadbiran kerajaan negeri menerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita dan Keluarga.

Menerusi jawatankuasa itu, Danial ditugaskan sebagai Ketua Jabatan Anak Istimewa Selangor (ANIS) dan Ketua Jabatan Warisan Anak Selangor yang menguruskan program bantuan dan pembangunan anak-anak istimewa serta Orang Kurang Upaya (OKU).

Lebih menarik perhatian apabila dia nekad melanjutkan pelajaran pada peringkat Sarjana di Universiti Selangor (UNISEL) Shah Alam dalam jurusan Pendidikan Khas demi keprihatinan terhadap golongan istimewa di Selangor.

Sementara itu, Danial juga tidak menganggap dirinya sebagai calon ‘underdog’ walaupun perlu berdepan Rina yang juga bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Mengulas lanjut, dia mengaku arwah bapanya sangat menyokong penglibatannya dalam politik walaupun tidak terbabit dalam bidang seni seperti adik-beradik lain.

BACA: Patutlah pakar kanak-kanak pesan kepada ibu bapa jangan ambil mudah dengan aktiviti mewarna, rupanya ini sebabnya