Anak kacukan Melayu-Korea ini baru umur 2 tahun dah boleh berzikir, baca surah pendek

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Telatah anak kacukan Melayu-Korea ini menarik perhatian ramai memandangkan baru berumur 2 tahun sudah boleh berzikir dan membaca surah pendek.

Tidak hairanlah ramai terleka untuk terus menonton satu demi video Maryam You Narae, wanita berasal Ansan, Gyeonggi-do, Korea Selatan.

Beliau dilihat bahagia membesarkan anak perempuan comelnya diberi nama Rina yang lancar mengalunkan zikir mengikut pemain multimedia dipasang dalam kenderaan dipandu bapanya.

Anak kacukan Melayu-Korea ini baru umur 2 tahun dah boleh berzikir, baca surah pendek
Anak kacukan Melayu-Korea ini baru umur 2 tahun dah boleh berzikir, baca surah pendek

Populariti mereka tiga beranak, tidak hanya tertumpu di laman sosial peribadi.

Maryam dan suami, Ryzal Ibrahim masing-masing 32 tahun pempengaruh media sosial di saluran Durian Kimchi memaparkan kehidupan harian mereka termasuk aktiviti memasak.

Kini banyak kandungan keibubapaan menarik untuk keluarga campur Melayu-Korea Selatan.

Rina gabungan nama Rizal dan Narae dibesarkan dalam suasana budaya campur.

Menurut pasangan Maryam dan Ryzal, mereka sepakat membesarkan Rina dengan didikan Islam.

Namun, pada masa sama mereka tidak meminggirkan jati diri budaya Korea supaya tidak kekok sebagai Muslim berdarah Korea Selatan.

Lantaran itu, Ryzal menghantar Rina ke sekolah ketika usia anaknya setahun enam bulan, tahun lalu.

Katanya, sekolah tersebut memberikan pendedahan awal pendidikan kerana mengikut perancangannya beliau mahu menyekolahkan anaknya di Korea Selatan.

“Saya menerapkan nilai agama melalui teladan kepada Rina dan pastinya Maryam seperti membaca doa makan.

“Saya solat dahulu supaya mereka melihat dan ada keinginan sendiri mahu melakukannya tanpa ada rasa terpaksa.

“Perbuatan melalui teladan itu memberikan impak positif kerana anak kecil mudah menyerap atau meniru tingkah laku orang dewasa.

“Syukur Rina sudah boleh mengikut alunan berzikir, membaca doa-doa pendek serta mengikut aturan dalam solat hanya dengan melihat saya dan isteri melakukannya.

“Saya mengakui kepantasannya meniru sama seperti ibunya,” kata Ryzal, lapor BH.

Baca :

Jangan salah guna! Ini beza dan fungsi 4 jenis tepung beras

Individu kongsi ilmu ‘pengasih’ cara masak nasi sedap macam kena ‘guna – guna’

Jangan gelojoh! Ini tips beli rumah pada usia muda, yang penting minta pendapat orang tua