Anak Zainal Abidin dedah punca sebenar penceraian bapanya dengan Fyna Jebat buat ramai nak tahu

Oleh GEMILANGDAILY

Anak Zainal Abidin dedah punca sebenar penceraian bapanya dengan Fyna Jebat buat ramai nak tahu.

Mahligai rumah tangga dibina bekas jurulatih bola sepak terkenal, Datuk Zainal Abidin Hassan bersama penyanyi Fyna Jebat sejak awal tahun ini dilaporkan sudah musnah.

Perkembangan itu disahkan saudara terdekat Zainal yang memberitahu pasangan itu bercerai sejak dua minggu lalu.

Anak Zainal Abidin dedah punca sebenar penceraian bapanya dengan Fyna Jebat buat ramai nak tahu

Menurutnya, punca perceraian pasangan itu disebabkan tiada persefahaman antara Fyna dan isteri pertama Zainal Abidin, Datin Zalina Zaini.

“Apa yang dikongsikan anak Zainal boleh saya cakap betul. Mereka sudah bercerai dua minggu lalu.

“Punca cerai disebabkan kedua-dua isteri Zainal tiada persefahaman. Jadi, mereka ambil keputusan bercerai,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Sebelum ini, hangat diperkatakan perceraian Fyna apabila anak perempuan Zainal iaitu Zahira Aisyah dalam satu komen media sosial mendedahkan yang bapanya sudah menceraikan penyanyi itu.

Zahira mempertikaikan satu hantaran mengatakan Fyna dan Zalina berdamai kerana kelihatan duduk semeja.

“Kenapa perlu post balik cerita 4 bulan yang lepas? Also, my mom did not (malah ibu saya tidak) ‘berdamai’ with anyone and this story is not true (dengan sesiapa dan cerita ini tidak betul).

“And for your information my dad has divorced Fyna Jebat (untuk makluman anda bapa saya sudah ceraikan Fyna Jebat. Mohon delete post ni, thank you (tolong padam ciapan ini, terima kasih),” tulisnya.

Zahira Aisyah menerusi Facebook miliknya juga memuat naik hantaran seakan memberikan bayangan perkara sebenar yang berlaku.

Ia seakan-akan menggambarkan yang bapanya sudah membuat ‘keputusan yang tepat’ dan dia sekeluarga bersyukur dengan ujian ini.

Malah dia menaruh harapan agar rumah tangga ibu bapanya semakin erat dan bertambah dengan kasih sayang serta ujian yang datang.

BACA:

Sarawak cipta apps pantau buaya secara ‘real time’, sekali lain pula netizen komen ‘buaya darat pun termasuk ke?’

Presiden ABIM pertama meninggal dunia