“Aok down ke tu?”, Wanita ini dedah sisi gelap buruh ladang viral, tak sangka dia macam tu

Oleh ISMAIL YAHYA

“Aok down ke tu?”, Wanita ini dedah sisi gelap buruh ladang viral, tak sangka dia macam tu.

Tular di media sosial tentang kemunculan seorang individu dengan nama Buruh Ladang di tiktok.

Secara tiba-tiba beliau telah menjadi popular dalam sekelip mata selepas satu video dengan tajuk “aok down ke tu?” telah mendapat sambutan luar biasa.

"Aok down ke tu?", Wanita ini dedah sisi gelap buruh ladang viral, tak sangka dia macam tu

Video itu kini telah mencapai jumlah tontonan 2.7 juta sekaligus menjadi satu video positif sebagai inspirasi kepada para pekerja di luar sana.

Video tersebut diterima baik kerana ianya mampu jadi video semangat untuk sesiapa sahaja dalam bidang pekerjaan.

Buruh Ladang atau nama sebenar beliau En Idris berkongsi pendapatnya yang hanya bekerja buruh ladang kelapa sawit. Walaupun dia bekerja sebagai buruh ladang sahaja, tidak perlu kita merendah-rendahkan diri kita dan tidak bersyukur. Walau apa pun pekerjaan kita, kita tetap boleh hidup serta dilengkapi dengan makanan macam orang lain.

Selepas En Idris tular di laman tiktok, maka ramai pihak mula mendekati beliau untuk mengadakan kerjasama, tidak kurang juga youtuber popular seperti Zukieee yang ingin mendapatkannya untuk tawaran lakonan. Namun sehingga kini masih belum ada apa-apa perkembangan dari pihak Buruh Ladang.

Sehinggalah baru ini, muncul satu video di tiktok Buruh Ladang yang menampilkan seorang wanita yang turut sama bercakap bersama dengan En Idris. Kemunculan wanita tersebut dalam video rata-rata mendapat sambutan ramai , netizen juga memuji video tersebut dan mendoakan Buruh Ladang semakin dimurahkan rezeki.

@ms_nia0203Bila kau guide org, tp kau pun meraban ????

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH

Video buruh ladang bersama dengan wanita dikenali dengan nama tiktok Ms_nia0203 itu adalah wakil dari pihak Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang mempromosikan kelebihan mendapatkan informasi yang tepat berkenaan industri sawit menerusi sumber yang tepat.

Wanita itu telah dedahkan sisi sebenar Buruh Ladang selepas bekerjasama dengan beliau, ini adalah video pendedahan wanita terbabit.

Selepas bekerjasama dengan Buruh Ladang ternyata beliau adalah seorang yang sangat pemalu, terlalu takut ,segan dan rasa dirinya tidak layak. Sikap merendah diri ini sangat dikagumi walaupun beliau telah pun tular di seluruh Malaysia.

@ms_nia0203Pengalaman bekerja dengan Buruh Ladang korg ????

♬ original sound – Ms_niA – Ms.Nia0203

Tagline “aok down ke tu?” telah menjadi trademark beliau dan banyak video beliau yang terkemudian ada juga diselitkan tagline tersebut. Kita doakan semoga En Idris atau nama popularnya Buruh Ladang semoga turut dimurahkan rezeki, dan lebih banyak kejayaan dicapai beliau selepas ini.

BACA: 

Laa ini sebab kenapa Bank Negara tak naikkan kadar OPR yang ramai tak tahu

Kalau masuk hutan, tolong jangan sentuh benda bulat ini, kalau jumpa terus call Polis