Apple kongsi cara keringkan iPhone dengan betul, letak dalam beras hanya mitos

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Selama beberapa tahun, kita sering mendengar tentang cadangan agar iPhone yang terkena air dimasukkan ke dalam beras untuk disimpan sepanjang hari.

Walaupun ada yang mengatakan bahawa kaedah ini berkesan, para penyelidik telah mengungkapkan bahawa cadangan tersebut hanyalah mitos semata-mata.

Sebenarnya, beras tidak membantu mengeringkan telefon dengan lebih cepat, malah ia boleh memperlahankan proses kering.

Apple kongsi cara keringkan iPhone dengan betul, letak dalam beras hanya mitos
Apple kongsi cara keringkan iPhone dengan betul, letak dalam beras hanya mitos

Baru-baru ini, Apple sendiri telah memberikan nasihat kepada pengguna agar tidak menyimpan iPhone yang basah di dalam beras.

“Jangan letakkan iPhone anda di dalam beras. Tindakan ini boleh menyebabkan serpihan-serpihan kecil dari beras merosakkan iPhone anda,” demikian kenyataan mereka.

Selain itu, Apple juga menasihati pengguna agar tidak mencuba mengeringkan iPhone dengan menggunakan haba luaran atau angin kipas panas.

Anda juga jangan meletakkan bahan seperti kapas atau tisu ke dalam port sambungan Lightning atau USB-C.

Berikut adalah beberapa langkah yang dicadangkan oleh Apple untuk mengeringkan iPhone yang basah.

1. Tepuk iPhone perlahan-lahan dengan menggunakan tangan, dan pastikan bahagian port sambungan menghadap ke bawah untuk membuang kelebihan cecair.

Biarkan iPhone anda di tempat yang kering dan berangin sedikit.

2. Selepas 30 minit, cuba cas iPhone dengan menggunakan kabel Lightning atau USB-C, atau sambungkan dengan aksesori yang sesuai.

3. Jika anda masih melihat sebarang peringatan pada skrin, biarkan iPhone anda di tempat yang kering dan berangin sedikit selama sehari penuh.

Selepas itu, anda boleh cuba lagi untuk cas atau menyambungkan aksesori.

4. Cabut kabel pengecas dan sambung semula jika iPhone sudah kering tetapi masih tidak boleh dicaj.

Jika masalah masih berterusan, sila hubungi khidmat pelanggan Apple untuk mendapatkan bantuan lanjut.

Baca :

Masukkan sesudu bahan ini, barulah ikan sardin tak keluarkan ‘letupan’ minyak

Masih ramai gagal, rupanya ini punca berat badan naik

‘Tanya sepatah, jawab sepatah’ – Jawapan gadis ini buat pegawai terkejut, telan air liur