Apple rugi RM10.55 juta, scammer berjaya buat Apple ganti iPhone tiruan dengan original

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Dua warga China telah berjaya membuat Apple Inc. berputih mata dan mengalami kerugian sehingga RM10.55 juta akibat penipuan korporat yang terancang, lapor New York Post.

Namun, ‘kejayaan’ mereka dalam menipu Apple membawa kepada hukuman penjara,

Di mana mereka diarahkan untuk membayar balik ganti rugi berjumlah lebih RM10.55 juta – iaitu nilai iPhone yang telah ditipu.

Pengfei Xue, 34, dan Haotian Sun, 34, yang menetap di Germantown, Maryland, Amerika Syarikat, dijatuhi hukuman

oleh mahkamah setelah didapati bersalah dalam kes penipuan melibatkan pertukaran iPhone palsu dengan iPhone asli.

Apple rugi RM10.55 juta, scammer berjaya buat Apple ganti iPhone tiruan dengan original

Xue dijatuhi hukuman penjara selama 54 bulan, diikuti dengan tiga tahun pembebasan bersyarat yang akan diawasi, serta diperintahkan membayar ganti rugi sebanyak RM1.68 juta.

Sun pula menerima hukuman penjara yang lebih lama iaitu 57 bulan, tiga tahun pembebasan bersyarat yang akan diawasi, dan diarahkan membayar ganti rugi yang lebih besar, sebanyak RM4.52 juta.

Menurut dokumen mahkamah, antara Mei 2017 dan September 2019, Sun, Xue, dan beberapa individu lain merancang satu skim untuk menipu Apple dengan menghantar iPhone tiruan dari Hong Kong ke seluruh Washington, DC.

Telefon-telefon tiruan ini kemudiannya dihantar ke kedai Apple dan penyedia perkhidmatan Apple yang sah, termasuk Apple Store di Georgetown, dengan nombor siri atau IMEI yang dipalsukan.

Melalui proses penipuan ini, mereka berjaya membuat Apple menggantikan iPhone tiruan dengan unit yang asli.

Berdasarkan bukti, sindiket ini berjaya menghantar lebih 6,000 unit iPhone palsu untuk ditukar, menyebabkan kerugian berjumlah RM16 juta, dan kerugian sebenar kepada Apple mencecah lebih RM10.55 juta.

Perbicaraan di mahkamah menunjukkan bahawa semua bukti terarah kepada Sun dan Xue, termasuk bagaimana mereka mengatur skim penipuan ini secara teliti.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Peguam AS di Daerah Columbia, pihak berkuasa menyatakan bahawa hukuman penjara yang dikenakan ke atas kedua-dua tertuduh adalah wajar memandangkan skala penipuan ini dan kerosakan kewangan yang dialami oleh syarikat multinasional seperti Apple.

BACA: 3 anggota Polis IPD Kajang dicekup di pusat hiburan, positif dadah