Atasi masalah jem teruk Melaka, Jumaat sampai Ahad Bandar Hilir hari tanpa kenderaan mulai Jun

Oleh GEMILANGDAILY

Atasi masalah jem teruk Melaka, Jumaat sampai Ahad Bandar Hilir hari tanpa kenderaan mulai Jun.

Sekitar Banda Hilir, Melaka akan dijadikan kawasan bebas kenderaan pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad, dijangka dilaksanalan bulan depan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, ia membabitkan kawasan sejauh 5 kilometer bermula dari Padang Nyiru hingga Jalan Merdeka.

Atasi masalah jem teruk Melaka, Jumaat sampai Ahad Bandar Hilir hari tanpa kenderaan mulai Jun

Beliau berkata usaha berkenaan bagi memberi peluang kepada pelancong menikmati pemandangan sekitar kawasan bersejarah.

Program itu dilaksanakan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan tempoh percubaan dijangka bermula sekitar pertengahan bulan depan.

“Kita akan memulakan zon bebas kenderaan di Melaka dalam tempoh percubaan dahulu sebelum kita melaksanakan sepenuhnya.

Ia bermula dari ‘Race Squre’ sehingga ke sekitar Dataran Pahlawan sehingga ke Hotel Equtorial termasuk di Jonker Walk. Jadi kawasan ini adalah kawasan yang akan diwartakan menjadi kawasan bebas dari kenderaan.

Jadi aktiviti sepanjang zon tersebut kita menggalakkan sesiapa yang nak beriadah, berjalan kaki membeli belah di kawasan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menjadi tetamu bagi Program Bicara Ketua Menteri di Konti MELAKAfm, Jalan Taming Sari, Melaka.

(Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh)

Tambah Ab Rauf, jalan-jalan altenatif telah dikenal pasti bagi menyurai trafik di kawasan berkenaan.

Dalam pada itu, katanya, sempena Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024, kerajaan negeri sedang mencari solusi bagi membangunkan semula bangunan-bangunan terbiar di kawasan bandar khasnya berhampiran lokasi pelancongan

BACA:

Hairan aku bilik air mak mertua selalu berlendir, bila tanya suami, dia tunduk menahan malu, rupanya ini cerita sebenar”

Anak sendiri deal dengan staff kedai emas, budak 9 tahun hadiahkan cincin emas buat ibu undang reaksi netizen