Awas kalau terlebih 2 sudu garam setiap hari, anda bakal hidap penyakit ini

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Sekiranya anda menggunakan hampir 2 sudu teh garam setiap hari, disarankan untuk mengurangkan pengambilan garam dalam kehidupan seharian

kerana ia boleh mengganggu kesihatan tubuh, termasuk pendarahan dalam otak akibat strok.

Dengan mengehadkan pengambilan garam kepada hanya satu sudu teh sehari,

risiko serangan jantung dan strok dapat dikurangkan sebanyak 25%.

Berikut adalah cara-cara untuk melakukannya:

Awas kalau terlebih 2 sudu garam setiap hari, anda bakal hidap penyakit ini

1. Elakkan Menambah Garam Semasa Memasak

Tutup api, hidang, dan rasa terlebih dahulu sebelum makan. Jika rasa masin kurang mencukupi semasa makan, baru tambahkan garam ke pinggan sendiri.

2. Kurangkan Penggunaan Sos dan Perasa

Kurangkan penggunaan sos, kicap, perasa, dan stok kiub atau serbuk. Semua bahan ini mengandungi garam yang tersembunyi.

3. Gantikan Garam dengan Perasa Asli

Gunakan perasa asli seperti lada sulah, rempah ratus, daun basil, daun oregano, dan pelbagai rempah lain yang boleh menambah rasa makanan tanpa menambah garam.

4. Kurangkan Makanan Berproses

Hadkan pengambilan makanan berproses seperti sosej, nugget, dan daging burger, kerana semua ini mengandungi garam.

5. Elakkan Kuah Jika Makan Luar

Jika terpaksa makan di luar, elakkan mengambil kuah kerana ia biasanya mengandungi banyak garam, minyak, gula, dan lemak.

Perlu diingat bahawa garam bukit, garam ungu, garam buluh, garam kasar, atau apa jua jenis garam, semua mempunyai kandungan sodium yang sama. Oleh itu, kurangkan pengambilan garam, bukan hanya menggantinya dengan jenis lain.

BACA” ‘Nama je bank islam tapi macam bank kafir’ Peniaga bengang internet banking bank islam lembab