‘Baju tu yang kecil bukan badan yang besar’ – Macam-macam gelagat beli baju Melayu

Oleh ISMAIL YAHYA

Gelagat seorang lelaki yang sedang menguji cuba baju Melayu sambil membuat ulasan sendiri menarik perhatian warga maya.

Dia yang bertubuh gempal melihat cermin menilai kesesuaian baju Melayu tanpa pesak sebelum membelinya.

“Baju okey tapi adoi…ni saiz paling besar ye…ngam ngam je ni… Raya tak boleh pakai ni,” katanya.

Baju tu yang kecil bukan badan yang besar Macam macam gelagat beli baju Melayu

Akhirnya, dia menyedari baju Melayu fesyen ‘fit’ yang dipakainya itu agak ketat walaupun zip di sisi baju itu dalam keadaan terbuka.

“…. badan nak kena kecik,” katanya selamba mengakhiri rakaman video.

Rata-rata netizen meninggalkan komen positif termasuk berkata mungkin itu satu bentuk motivasi untuk beliau memiliki berat yang ideal.

Ada juga berkongsi pengalaman menjadi kurus sekaligus mudah memilih saiz baju.

“Saya dah merasa badan besar, berat. Kalau nak beli baju Melayu memang susah. Tapi Alhamdulillah, bertahun saya amalkan lemon suam tanpa gula. Sekarang berat saya kini 75 kg dari 102 kg. Tak susah dah nak cari saiz baju Melayu,” kata seorang netizen.

Dalam masa sama, terdapat juga cadangan agar mereka yang berbadan gempal beli kain ela dan tempah baju.

Baca:

Resipi nasi kerabu versi Kelantan, lengkap ada semuanya!

Kaya dengan nutrisi penting, popcorn mampu beri manfaat kepada tubuh badan

“Berbuka hanya makan air & roti keping” – Rintihan pemuda kelaparan selepas duit habis guna untuk rawatan bapa undang sebak netizen