Banyak khasiat jika amalkan ‘chia seed’ yang ramai tidak tahu, bantu kuruskan badan

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Chia seed adalah sejenis biji-bijian yang sering diabaikan, namun memiliki pelbagai khasiat yang tidak diketahui ramai.

Amalan mengambil chia seed secara berkala tidak hanya membawa manfaat kepada kesihatan, tetapi juga membantu dalam usaha menurunkan berat badan.

Dengan pemahaman yang lebih mendalam mengenai potensi biji chia ini, kita dapat meningkatkan kefahaman kita tentang pentingnya pemakanan yang seimbang dan gaya hidup yang sihat.

Kelebihan chia seed:

1) Membantu menurunkan berat badan kerana kandungan serat dan protein yang tinggi.

Chia seed juga rendah kalori.

Serat larut dalam chia seed menyerap air dalam perut dan membuat kita berasa kenyang, mengurangkan keinginan untuk makan.

2) Baik untuk kesihatan jantung dan mengurangkan kolesterol kerana mengandungi antioksidan tinggi dan omega 3.

3) Berguna untuk mencegah masalah insulin dan kencing manis.

Chia seed kaya dengan serat, itulah sebabnya ia membantu mencegah insulin resisten.

4) Baik untuk kesihatan dan kekuatan tulang kerana mengandungi pelbagai nutrien penting seperti kalsium, magnesium, fosforus, dan protein yang tinggi.

5) Menjaga kesihatan sistem pencernaan kerana biji chia membantu mencegah sembelit, keradangan, dan mengurangkan kolesterol.

Dengan hanya mengambil dua sudu kecil sehari, dicampur dalam segelas air suam, kita boleh mendapat manfaat ini.

Baca :

Individu kongsi resipi kepak ayam crispy garlic, terpaling viral dan sedap!

Tercari-cari cara jimatkan duit? 3 benda ini rupanya banyak terbangkan gaji anda

Ibu dedah caranya kongsi rezeki dengan meletakkan sekeping not dalam kek jualan