Bapa Altantuya sokong Azilah tidak dihukum gantung, ini sebabnya

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Mahkamah Persekutuan hari ini melepaskan pembunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibuu iaitu bekas Cif Inspektor, Azilah Hadri daripada hukuman gantung sampai mati.

Sebaliknya, hukuman mati terhadap bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu digantikan

Dengan hukuman penjara 40 tahun dan 12 sebatan atas kesalahan membunuh Altantuya, 18 tahun lalu.

Keputusan tersebut dibuat sebulat suara oleh panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara,

Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang membenarkan permohonan semakan hukuman mati dikemukakan Azilah kini berusia 48 tahun.

Bapa Altantuya sokong Azilah tidak dihukum gantung, ini sebabnya

Semasa hujahan semakan hukuman, panel berkenaan dimaklumkan bahawa bapa mangsa iaitu Dr Shariibuu Setev turut menyokong permohonan semakan Azilah untuk diberikan hukuman pemenjaraan atas dasar kemanusiaan.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam Azilah, J Kuldeep Kumar yang membacakan surat kemaafan daripada bapa mendiang ketika prosiding di hadapan panel tertinggi itu dijalankan, lapor Malaysia Kini.

“Saya menulis untuk secara rasmi memohon pengampunan bagi hukuman Azilah Hadri, yang ditukar kepada penjara seumur hidup. Dia dijatuhkan hukuman mati pada 2006 atas pembunuhan Altantuya Shaariibuu, seorang warganegara Mongolia.

“Saya telah menyentuh perkara ini dalam surat saya kepada perdana menteri anda. Penting untuk diakui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menegaskan kesucian kehidupan, dengan menekankan semua makhluk di planet ini mempunyai hak untuk hidup.

“Permohonan saya lahir daripada rasa hormat mendalam terhadap kemanusiaan rakyat Mongolia,” kata Shaariibuu Setev, dalam surat yang dibacakan Kuldeep Kumar kepada Mahkamah Persekutuan memetik laporan Malaysia Kini.

Baca juga: Tak sangka ini khasiat yang ibu hamil dapat bila makan durian