Baru nak buat content, Iphone peniaga ayam terlepas masuk dalam minyak panas

Oleh GEMILANGDAILY

Baru nak buat content, Iphone peniaga ayam terlepas masuk dalam minyak panas. Tular video di TikTok apabila seorang peniaga ayam goreng ini secara tak sengaja telah jadi ‘Iphone Reviewer
segera lepas telefonnya terjatuh di dalam minyak yang menggelegak ketika sedang merakam untuk membuat konten.

Peniaga yang menggunakan nama @zaiem_ainn di TikTok, sedang cuba membuat demonstrasi cara menggoreng ayam sebelum telefonnya tak sengaja tergelincir masuk ke dalam minyak yang sedang menggelegak panas.

Baru nak buat content, Iphone peniaga ayam terlepas masuk dalam minyak panas

Boleh dilihat momen-momen telefonnya terjatuh dan kedengaran bunyi ‘rangup’ sekaligus memberikan penonton rasa seakan-akan diri sendiri tengah digoreng.

Bila diangkat, videonya masih lagi merakam dan kita juga boleh melihat reaksi cuak dari peniaga ayam goreng tersebut. Nasib baik tiada apa-apa kerosakan.

“Terima kasih Iphone, produk korang berkualiti sungguh!” katanya dalam video tersebut.

@zaiem_ainn peminat iphone tolong hadir#fyp #fypシ゚viral #iphone ♬ original sound – Abey Ayam King’s Paya Keladi

Video itu telah ditonton lebih dari 800,000 kali di TikTok dan mendapat tanda suka sebanyak 77.1k dan lebih dari 1000 komen.

BACA: 

Sharifah Shahirah pula dedah ada penyondol nak rampas Ijoy, “kami duduk sebelah je..”

“Tak cukup duit nak makan? setakat bagi 2-4 bungkus tak ruginya niaga sis” – asbab sedekah, jualan wanita ini habis dalam 2 jam