Bekas kekasih doakan semua urusan Fattah Amin dipermudahkan

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Pelakon Sherry Ibrahim meminta aktor Fattah Amin agar terus kuat demi anak dan keluarganya selepas mereka sah bercerai pada pagi Isnin.

Sherry, atau Syarizad Ibrahim, 41, menyatakan bahawa apa yang berlaku adalah ujian dan dugaan,

serta menyifatkan hanya manusia yang sabar dapat menghadapinya dengan tenang.

“Kuatkan diri demi Fatima, ibu, ayah, dan adik-adik yang sentiasa berada di sisi,” ujarnya.

Sherry menitipkan pesanan kepada Fattah untuk terus kuat menghadapi ujian yang mendatang.

Bekas kekasih doakan semua urusan Fattah Amin dipermudahkan

“Perjalanan hidup ini tidak mudah, tetapi dengan ketabahan, insya-Allah, ia pasti akan membuka jalan untuk masa depan yang lebih baik,” katanya.

Sherry berkongsi perkara ini menerusi hantaran di Instagram miliknya pada petang Isnin.

Selain itu, Sherry turut memberikan nasihat agar Fattah terus kuat dan bangkit dengan semangat baharu untuk meneruskan kehidupan.

“Tabahkan hati, terima takdir yang telah ditentukan, dan bangkit untuk memulakan hidup yang baru.

“Terus melangkah ke hadapan, dan semoga urusan awak, Abdul Fattah Amin, dipermudahkan,” ujarnya.

Sebagai informasi, Fattah dan Sherry pernah menjalinkan hubungan cinta pada tahun 2014, tetapi berpisah dua tahun kemudian.

BACA: 15 calon Bersatu Pulau Pinang berebut jawatan, pemimpin bawahan nekad tanding naib presiden