Bekas Ketua Polis Negara akhirnya dedah bekas Menteri atur Polis Cawangan Khas!

Oleh GEMILANGDAILY

Bekas Ketua Polis Negara akhirnya dedah bekas Menteri atur Polis Cawangan Khas!. Teka-teki siapa ‘Datuk Seri’ yang akan didedahkan oleh bekas Ketua Polis Negaran.

Datuk Seri Hamid Bador akhirnya terjawab.

Individu yang dimaksudkan beliau ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Bekas Ketua Polis Negara akhirnya dedah bekas Menteri atur Polis Cawangan Khas!

Memetik laporan MalaysiaGazette, salah laku itu melibatkan campur tangan terhadap pelantikan pegawai kanan polis untuk menentukan jawatan Pengarah Cawangan Khas (PCK) Bukit Aman.

Hamid mendakwa Cawangan Khas tidak senang dengan tindak tanduk Hamzah yang melakukan perkara itu bagi tujuan karier politiknya.

Hamid dimaklumkan bahawa Menteri Dalam Negeri itu memaksa Jabatan Cawangan Khas (JCK) melakukan beberapa operasi bagi tujuan politik dirinya.

“Saya tidak boleh dedahkan operasi apa kerana setiap operasi JCK adalah rahsia tapi cukuplah untuk mengatakan bahawa objektif operasi itu tidak sesuai dengan mandat yang diberikan kepada JCK untuk memelihara serta menguruskan keselamatan negara,” ujar Hamid.

Sebelum ini, Hamzah turut mengaku bahawa beliau adalah individu dalam rakam audio yang membincangkan pelantikan pegawai kanan polis begitupun Cawangan Khas telah menolak untuk turut serta dalam operasi tersebut sebelum melaporkannya kepada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Penolakan itu menyebabkan Hamzah marah, lebih – lebih lagi apabila Muhyiddin bersetuju JCK tidak boleh terlibat dalam kerja politik.

Ini menyebabkan Hamzah cenderung bekerjasama dengan bekas pegawai kanan JCK yang telah tamat kontrak tahun lalu.

Hamzah juga mengatur strategi untuk menjadikan bekas pegawai kanan itu menyandang jawatan PCK Bukit Aman kerana individu itu mudah mengikut arahan menteri.

“Pada 16 Februari lalu PCK sedia ada telah dipanggil oleh Ketua Setiausaha KDN sebelum meminta beliau mengakhiri kontraknya secara sukarela, jika tidak notis sebulan bagi pemberhentian kontrak akan diberikan,” dakwa Hamid.

Jelas Hamid, Menteri tersebut seolah-olah tidak sabar meletakkan ‘budaknya’ mengisi jawatan tersebut sedangkan kontrak Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Mohamaed Farid Abu Hassan akan berakhir pertengahan Jun ini.

BACA:

“Menantuku rupanya anak kandungku sendiri yang lama terpisah”

Auto kaya! Petani ini jumpa berlian terbesar di dunia, nilai dia dekat RM200 juta!