Bengang ‘ajakan’ suami ditolak isteri, lelaki ini nekad koyakkan 10 cm kemaluan isteri

Oleh GEMILANGDAILY

Bengang ‘ajakan’ suami ditolak isteri, lelaki ini nekad koyakkan 10 cm kemaluan isteri.

SEORANG lelaki tergamak mencederakan alat sulit isterinya apabila ajakan melakukan hubungan intim ditolak.

Suspek berusia 36 tahun yang berang kemahuan seksnya ditolak bertindak merobek kemaluan isterinya sehingga koyak 10 sentimeter (cm).

Bengang 'ajakan' suami ditolak isteri, lelaki ini nekad koyakkan 10 cm kemaluan isteri

Kejadian tragis itu berlaku di Padang Lawas, Sumatera Utara, Indonesia pada 26 April lalu.

Ketua Polis Daerah Barumun, Miptahuddin mengesahkan, si isteri trauma kerana suaminya kerap menganiayanya semasa melakukan hubungan seks.

“Mangsa menolak (ajakan suami) kerana suspek suka menderanya sewaktu melakukan hubungan intim sehingga menjadi trauma.

“Apabila isterinya menolak pada kali ini, mereka bertengkar sebelum suspek bertindak di luar kawalan apabila mengoyak kemaluan isterinya sepanjang 10cm dengan tangan,” katanya kepada detikSumat.

Katanya lagi, mangsa yang mengalami banyak pendarahan dikejarkan ke hospital.

Kes itu kini dalam siasatan pihak berkuasa dan suspek masih belum dapat dikesan setelah melarikan diri.

BACA:

‘Suruh aku advance gaji bulan yang dah lepas?’, ingatkan masalah air dan jalan je, Kelantan FC pun masalah juga tak bayar gaji pemain?

PTPTN dedah ada IPT swasta tipu tempoh pengajian demi keuntungan berlipat ganda