Berhajat naik taraf lesen B full? Ini senarai institut memandu yang sahut dengan seruan kerajaan ramai tak tahu

Oleh GEMILANGDAILY

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah mengeluarkan senarai terkini institut memandu yang menjalankan

Program khas peralihan Lesen Memandu Malaysia (LLM) dari Kelas B2 atau B1 kepada Kelas B.

Sebelum ini, syarat program peralihan tersebut telah dilonggarkan serta-merta setelah menerima keluhan daripada orang ramai yang tidak layak menyertai program itu.

Memetik laporan Bernama, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, menjelaskan bahawa tempoh

lesen memandu LLM hanya perlu aktif selama 10 tahun atau lebih, dan tidak semestinya 10 tahun berturut-turut.

Berhajat naik taraf lesen B full? Ini senarai institut memandu yang sahut dengan seruan kerajaan ramai tak tahu

Kelonggaran ini diberikan kerana ramai yang tidak dapat memperbaharui lesen mereka disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020.

Berikut adalah senarai institut memandu mengikut negeri:

PERLIS

KEDAH

PULAU PINANG

PERAK

WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

SELANGOR

NEGERI SEMBILAN

MELAKA

JOHOR

PAHANG

TERENGGANU

KELANTAN

SABAH

SARAWAK

 

Kerajaan telah memberikan pengecualian pembaharuan lesen memandu kepada semua pemegang lesen sepanjang tempoh PKP tersebut.

Bagaimanapun, syarat-syarat lain kekal, termasuk pemohon mesti bebas daripada sebarang senarai hitam atau tunggakan saman.

“Kita laksanakan pertukaran sistem serta-merta untuk memudahkan orang ramai. Kita mohon kesabaran, dan dalam beberapa hari, pemohon boleh mengikuti program di institut memandu yang terlibat,” kata Loke.

Untuk maklumat lanjut mengenai program khas ini, orang ramai boleh menghubungi JPJ di talian 03-8892 8720 / 8725 / 8689 (dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang) atau menghantar emel ke [email protected].

BACA: Istilah ‘mudah lupa’ Tun M akhirnya makan diri, sindir Presiden PSM