Berita gembira buat warga Felcra, ini rezeki Aidilfitri buat 70,000 peserta

Oleh AHMAD BADRUL

Menjelang Aidilfitri ini lebih 70,000 peserta Felcra Berhad (Felcra) di seluruh negara boleh mengukir senyuman syukur.

Mereka menerima bayaran dividen terakhir bagi musim ketiga 2023 melibatkan nilai keseluruhan sebanyak RM74 juta.

Pengerusi Felcra, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, bayaran tersebut sudah dilunaskan sejak beberapa hari lalu.

Berita gembira buat warga Felcra ini rezeki Aidilfitri buat 70000 peserta

Beliau memaklumkan, jumlah dividen itu bergantung kepada harga minyak sawit mentah dunia sebelum tiga kali pembayaran dijalankan setiap tahun.

“Apabila harga minyak sawit mentah meningkat, dividen akan bertambah.

“Dividen yang dijalankan beberapa hari lalu melibatkan pembayaran bagi musim ketiga untuk tahun lalu.

“Segala pembayaran dividen Felcra dijalankan secara dalam talian.

“Pembayaran kali ini memberi peluang kepada peserta untuk membeli keperluan sempena Hari Raya Aidilfitri,” katanya pada sidang akhbar pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Ketua Bahagian UMNO Kelantan, 28 Mac.

Menurutnya, negeri-negeri seperti Pahang, Johor, Sarawak dan Perak paling banyak kawasan yang dibangunkan Felcra.

“Kelantan paling sedikit tanah Felcra. Kerajaan Negeri Kelantan tidak langsung mahu membantu rakyat dengan memberikan tanah kepada Felcra.

“Kerajaan negeri boleh memilih peserta yang terlibat tidak kira penyokong atau orang mereka.

“Apa yang paling penting adalah mereka berikan tanah kepada kita untuk dibangunkan,” kata beliau lagi.

Baca:

Resipi nasi kerabu versi Kelantan, lengkap ada semuanya!

Kaya dengan nutrisi penting, popcorn mampu beri manfaat kepada tubuh badan

“Berbuka hanya makan air & roti keping” – Rintihan pemuda kelaparan selepas duit habis guna untuk rawatan bapa undang sebak netizen