Bezza tersadai tepi jalan rupanya ada mayat, dah 5 hari!

Oleh ISMAIL YAHYA

MAYAT lelaki yang ditemui di dalam kereta jenis Perodua Bezza di kawasan parkir tapak jualan but kereta di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada Ahad telah meninggal dunia lebih lima hari.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan M Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat tersebut kira-kira pada pukul 12.04 tengah hari.

Bezza tersadai tepi jalan rupanya ada mayat, dah 5 hari!

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa merupakan seorang lelaki tempatan berusia 40-an.

“Mangsa dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam sebuah kereta jenis Perodua Bezza.

“Hasil siasatan mendapati mangsa meninggal dunia dalam tempoh melebihi lima hari,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

BACA LAGI: Dah umur 50 tahun, terkejut tahu keadaan terkini Melissa Saila – “dulu femes cerita cili padi”