Biar betul? Hanya guna ‘baking soda’ dapat wangikan karpet rumah

Oleh AHMAD BADRUL

Untuk sambut raya, penting untuk anda membersihkan dan merapikan rumah kita, betul tak?

Kita kena pastikan juga karpet kita wangi supaya rumah kita nampak sentiasa segar di waktu raya.

Salah satu cara yang paling berkesan adalah dengan menggunakan baking soda.

Biar betul? Hanya guna 'baking soda' dapat wangikan karpet rumah
Biar betul? Hanya guna ‘baking soda’ dapat wangikan karpet rumah

Baking soda boleh menyerap bau tak diingini pada karpet, dan menjadikan karpet kita wangi serta bersih ketika raya tiba.

Mari ikuti langkah-langkah mudah ini untuk menghilangkan bau pada karpet:

1. Mulakan dengan menyedut habuk-habuk dari permukaan karpet untuk membersihkannya daripada kotoran.

2. Taburkan soda bikarbonat di atas seluruh permukaan karpet atau di kawasan yang ingin diperbaharui.

3. Biarkan soda bikarbonat itu pada karpet selama sekurang-kurangnya 15 minit atau lebih lama untuk hasil yang lebih baik.

4. Sedut semula soda bikarbonat dan sisa-sisa sampah yang ada pada karpet.

5. Karpet akan menjadi lebih harum selepas proses ini!

Selamat mencuba.

Baca :

Tidur pun ada kaitan dengan kegemukan, ini 5 punca gagal kuruskan badan

Heboh kononnya jalur ke-38 keturunan Rasulullah, foto Maula Al-Amin dijual RM22.55

“kalau boleh, jangan …” – individu ini kesal masih ada yang tidak cakna laluan OKU