Buat sendiri tapai pulut manis & berair, boleh makan berkali-kali

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Tapai pulut ialah hidangan tradisional di Malaysia yang dibuat daripada beras pulut.

Ia mempunyai rasa manis dan berair, sangat sedap dimakan ketika sejuk!

Kerana ia merupakan hidangan tradisi, penting untuk anda tahu cara membuatnya sendiri dengan mengikuti resepi tapai pulut manis oleh Lind Razak di bawah.

Buat sendiri tapai pulut manis & berair, boleh makan berkali-kali

Sangat sesuai untuk dinikmati ketika sejuk!

Bahan-bahan:

• 1kg beras pulut

• 1 biji ragi (Seeloknya jemur terlebih dahulu. Hancurkan ragi, saya letak dalam plastik dan ketuk guna batu lesung, nanti nak guna baru ayak guna penapis teh)

• Bekas dadih/daun getah/daun pisang (saya guna bekas dadih)

Cara memasak:

1. Cuci beras pulut dengan bersih dan rendamkan selama sekurang-kurangnya 2 jam.

2. Selepas itu, toskan airnya, dan kukus beras pulut tersebut selama 25 minit.

3. Tuangkan 3 cawan air ke atas beras pulut yang telah dikukus, sambil mengacau perlahan (jangan pindahkan pulut ke dalam bekas lain, tuangkan air terus dari kukusan).

4. Kukus semula beras pulut tadi selama 10 minit atau sehingga keluar wap.

5. Tutup api dan alihkan beras pulut yang sudah masak ke dalam dulang besar untuk disejukkan (ratakan beras pulut itu supaya cepat sejuk).

6. Biarkan beras pulut itu benar-benar sejuk.

7. Setelah beras pulut sejuk, taburkan ragi ke atasnya, balik-balikkan beras pulut itu, dan taburkan ragi lagi (pastikan ragi rata di atas beras pulut).

8. Letakkan beras pulut dalam bekas dadih atau daun getah.

9. Susun beras pulut dalam bekas yang sesuai (contohnya dalam tong toyogo).

10. Simpan beras pulut tersebut di tempat yang gelap selama 2 hari. Selepas 2 hari, barulah buka untuk melihat hasilnya.

11. Masukkan beras pulut yang sudah menjadi tapai ke dalam peti sejuk, kerana tapai ini lebih sedap dimakan dalam keadaan sejuk.

Tapai ini akan menjadi manis dan berair.

Selamat mencuba!

Sumber: Lind Razak

Baca:

5 jenis kacang ini boleh dibuat jadi jajan, sedap dah tu sihat lagi

Jangan biar suami cari tin Dunlop, rupanya ini sebab Hafiz Mahamad jadi sebutan ‘kakak-kakak KRT’

Lidah alami luka & mulut pedih, pelanggan muntah darah lepas makan pencuci mulut