Buat yang suka simpan bawang besar dipotong separuh dalam peti sejuk, ini perkara penting wajib tahu

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Memang sudah jadi tabiat sesetengah orang suka simpan bawang besar dipotong separuh dalam peti sejuk.

Padahal, bawang besar yang disimpan dalam peti ais boleh ‘meracuni’ manusia.

Pakar kesihatan, Dr Dimple Jangda, menyarankan agar tidak menyimpan bawang besar yang dipotong separuh dalam peti sejuk kerana terdapat kemungkinan ia boleh bertukar bahaya.

Buat yang suka simpan bawang besar dipotong separuh dalam peti sejuk, ini perkara penting wajib tahu
Buat yang suka simpan bawang besar dipotong separuh dalam peti sejuk, ini perkara penting wajib tahu

Jelas doktor yang juga penulis dari Mumbai itu, bawang besar adalah sejenis tumbuh-tumbuhan yang tahan suhu rendah.

“Apabila anda menyejukkannya, kanji akan mula bertukar menjadi gula dan mula memerangkap kulapuk.

“Ramai orang melakukan kesilapan ini dengan membelah separuh bawang, memasaknya dan menyimpan separuh lagi dalam peti sejuk.

“Jangan sesekali buat begitu. Ia mula mengumpul semua bakteria tidak sihat dan memerangkap kulapuk,” katanya lagi.

Baca :

Jangan gelojoh! Ini tips beli rumah pada usia muda, yang penting minta pendapat orang tua

Jangan salah guna! Ini beza dan fungsi 4 jenis tepung beras

Heboh kononnya jalur ke-38 keturunan Rasulullah, foto Maula Al-Amin dijual RM22.55