Budak terjerit pekik sangat takut depan rezeki, ‘hantu’ punya mak bapak bawa anak makan di tempat begini

Oleh ISMAIL YAHYA

Dua budak kelihatan amat takut dengan salah seorangnya terjerit pekik depan rezeki di sebuah kedai makan.

Kafe berkonsepkan misteri dan berhantu yang telah lama tular itu memang dikunjungi oleh mereka yang ingin merasakan suasana seram.

Walau bagaimanapun, lebih ‘hantu’ lagi mak bapak yang tergamak bawa anak makan tempat begitu tambahan pula jenis yang penakut.

Budak terjerit pekik sangat takut depan rezeki, 'hantu' punya mak bapak bawa anak makan di tempat begini
Budak terjerit pekik sangat takut depan rezeki, ‘hantu’ punya mak bapak bawa anak makan di tempat begini

Satu sedutan video yang tular di laman X memaparkan aksi ketakutan dua kanak-kanak yang cuba ditenangkan dan dipeluk ibu mereka selepas didatangi ‘hantu’.

Rata-rata warganet berpendapat individu yang mengenakan kostum hantu itu tidak salah, sebaliknya ibu bapa yang patut bertanggungjawab.

Meraih lebih 1.1 juta ‘views’ dan 1,700 ‘reposts’, ramai mengecam tindakan ibu bapa yang dibimbangi akan mengakibatkan trauma kepada kanak-kanak sehingga mereka dewasa.

“Bukan salah ‘hantu’ tu. Itu kerja dia. Yang bodoh ibu bapa. Dah tahu tempatnya begitu, kenapa bawa juga? Adakah memang bodoh?

“Mak ayah mesti dah tahu anak dia penakut, kenapa pergi bawa mereka ke tempat macam tu? Hantu tu dah memang buat kerja dia,” demikian antara kecaman warga maya.

Baca :

Sama rasa seperti hati ayam, tapi bahagian ini tidak boleh dimakan jika mahu hidup lama

Apple kongsi cara keringkan iPhone dengan betul, letak dalam beras hanya mitos

“Sekali rasa, baru tahu crunchy” – Ibu kongsi resipi kacang botol belacan, licin sepinggan