‘Budak tu tak buat salah apa-apa pun kena marah’ – Ramai ibu bapa terlampau manjakan, berkeras didik anak

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Terkejut seorang pempengaruh ini menyaksikan dengan mata sendiri bagaimana budak yang tak buat salah apa-apa pun kena marah dengan ayahnya.

Kejadian yang berlaku di sebuah kedai makan itu mengingatkan ibu bapa hari ini agar tidak terlampau manjakan atau terlalu berkeras dalam mendidik anak.

Ikuti perkongsian Mohd Fhais Salim yang tular dengan mendapat lebih 2,600 tanda ‘suka’ ini:

'Budak tu tak buat salah apa-apa pun kena marah' - Ramai ibu bapa terlampau manjakan, berkeras didik anak
‘Budak tu tak buat salah apa-apa pun kena marah’ – Ramai ibu bapa terlampau manjakan, berkeras didik anak

Kasihan saya tengok.

Saya bawa anak 3 orang makan di luar. Isteri kerja, saya seorang.

Kebetulan tengah tengah makan, dengar ada budak bergaduh di meja sebelah..

Ceritanya macam ni..

Ada satu keluarga, dua orang anak lelaki, seorang atuk, seorang nenek dan seorang ayah..

Masa sampai tu budak dua orang ni berebut kerusi. Yang nombor 2 sampai dulu, dia pun duduklah.

Tapi yang sulung ni tak puas hati. Dia nak juga duduk kerusi tu.

Entah apa yang istimewa sangat kerusi tu pun tak tahulah. Padahal, sebelah ada satu lagi kerusi.

Yang sulung ni menangis, tumbuk, tolak, tarik dan goyang goyangkan kerusi.

Yang angah ni buat keras. Sikit tak berganjak. Balas balik tumbukan debik debik si abang pun tak.

Si atuk, nenek, ayah melihat sahaja dari tepi..

Sampailah yang sulung ni give up, meraung nangis macam baru lepas kena sunat.

Masa tu barulah si ayah datang.

“Kau ni memang cari pasallah”

“Lain kali kau tinggal, jangan ikut”

“Kau dah tahu abang kau ni benyek, suka buat dia nangis”

Ini yang saya tak puas hati sangat. Yang angah tu kena marah!

Ish, budak tu tak buat salah apa-apa pun kena marah. Hmm..

Maaf cakap. Kadang ramai yang tak amalkan konsep bersederhana dalam mendidik anak-anak.

Tak boleh terlampau manjakan.. Tak boleh juga terlampau berkeras..

Kena bersederhana dalam mendidik anak. Ada masa kena tegas ada masa kena ramah mesra..

Wallahu a’lam..

Baca :

Terima sentuhan jemari Alha Alfa, netizen terkesima dengan kecantikan Puteri Balqis

Another level sungguh” – Isteri bawa tarian singa ‘prank’ suami sempena ulang tahun perkahwinan

Jin peludah juga jilat pinggan mangkuk, ustazah ini kongsi cara mahu tahu kedai makan guna pelaris