“Buka api terus..” – Cara goreng sosej supaya tak kecut, elok kejadiannya!

Oleh NADIA HARON

Sosej goreng selalu menjadi pilihan apabila kita nak sediakan hidangan yang cepat untuk sarapan.

Kita boleh makan sosej bersama roti dan sudah cukup untuk membuat kita kenyang.

Tetapi, masalah yang sering berlaku bila menggoreng sosej ialah ia jadi kecut dan berkedut selepas digoreng.

"Buka api terus.." - Cara goreng sosej supaya tak kecut, elok kejadiannya!

Ini buat sosej kelihatan tidak menarik.

Fareez Amy Shafie, seorang yang berniaga makanan dan menjual makanan di pasar malam, berkongsi beberapa tips untuk menggoreng sosej agar kulitnya kekal bentuk dan tidak berkerut selepas digoreng.

• Untuk memastikan kulit sosej kekal bentuk, elakkan menggoreng sosej dengan minyak yang sangat panas.

Sebaliknya, biarkan minyak sedikit sejuk sebelum meletakkan sosej ke dalamnya (pastikan sosej telah dibasuh dengan air dan dikeringkan terlebih dahulu).

• Biarkan sosej masak dengan perlahan bersama minyak yang sedang naik suhu.

Apabila sosej timbul ke atas, ia sudah masak dengan sempurna.

• Walau pun sosej mungkin kelihatan berminyak sedikit, namun selepas di tos, kelebihan minyak akan hilang.

Dengan cara ini, anda akan mendapat sosej yang cantik bentuknya.

Baca:

Jangan biar suami cari tin Dunlop, rupanya ini sebab Hafiz Mahamad jadi sebutan ‘kakak-kakak KRT’

Lidah alami luka & mulut pedih, pelanggan muntah darah lepas makan pencuci mulut

Tercari-cari cara jimatkan duit? 3 benda ini rupanya banyak terbangkan gaji anda