Bukan minta harga padi sampai boleh pergi haji balik hari – Ini pentingnya elak petani ‘give up’

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Harga padi suka atau tidak memang perlu dinaikkan ekoran kos bersawah yang tinggi.

Tanpa usaha itu, petani dibimbangi ‘give up’ atau hilang minat untuk bersawah kerana harga padi tidak naik-naik demi kerana mahu menjaga pengguna.

Ikuti pandangan Ezreen Muhaizie Marzukhi yang tular dan mendapat perhatian warganet ini:

Bukan minta harga padi sampai boleh pergi haji balik hari - Ini pentingnya elak petani 'give up'
Bukan minta harga padi sampai boleh pergi haji balik hari – Ini pentingnya elak petani ‘give up’

KENAPA HARGA PADI PERLU TINGGI?

Saya lebih pro kepada asas harga padi yang tinggi, walaupun terpaksa menjual beras lebih mahal.

Jangan pandang rendah impak susutan beras negara jika petani sudah tidak berminat menanam padi.

Jumlah pesawah di Jelapang Padi utama negara adalah 116,000 orang (Kedah, Perlis, Selangor, Perak dan Kelantan).

Jumlah keluasan bersawah di jelapang padi ini dianggarkan 204,000 hektar.

Purata pemilikan tanah sawah setiap petani adalah 1.8 hektar seorang.

Kita tak perlu ambil banyak.

Katakanlah ada 5% petani give up tak nak usahakan sawah kerana harga padi rendah dan jual tanah mereka untuk keperluan tunai, kita bakal kehilangan 10,440 hektar tanah (hampir 11,000 hektar).

Dalam hantaran sebelum ini, saya tulis jika 11,000 hektar tanah sawah ditebus guna, jumlah itu seperti hilangnya bekalan beras selama 2 tahun untuk rakyat negeri Perlis.

Itu baru kalau 5% petani hilang minat nak bersawah kerana harga padi tak naik-naik demi nak jaga pengguna.

Sebagai pemain di tengah-tengah rantaian, saya nampak keperluan menjaga petani lebih utama, kerana impaknya sangat besar jika mereka tiada.

Petani pun bukannya nak minta harga padi sampai boleh pi haji balik hari.

Cukup sekadar boleh menampung kos bersawah yang tinggi untuk meneruskan hidup setiap hari.

Baca :

Perlu ke cuci? Abang ini kongsi tip basuh enjin kereta hingga bersih dan selamat

Apple kongsi cara keringkan iPhone dengan betul, letak dalam beras hanya mitos

Tak perlu pergi mamak, senang sangat nak buat roti canai homemade garing & sedap