“Bukan nak tengakkan benang yang basah” – Lepas kantoi tangkap basah, Aliff Aziz & Ruhainies bakal bagi kenyataan Pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies yang terliba

Oleh ADINDA

Pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies yang terlibat dalam situasi yang mencetuskan kontroversi didakwa berkhalwat di sebuah kondominium mewah di ibu kota pada awal pagi Jumaat.

Mereka kemudian membuat permohonan maaf melalui media sosial masing-masing.

Aliff, yang juga merupakan selebriti dari Singapura, turut mengumumkan bahawa beliau akan memberikan penjelasan kepada orang ramai mengenai kejadian sebenar untuk mengelakkan timbulnya lebih banyak kekeliruan.

"Bukan nak tengakkan benang yang basah" - Lepas kantoi tangkap basah, Aliff Aziz & Ruhainies bakal bagi kenyataan Pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies yang terliba
“Bukan nak tengakkan benang yang basah” – Lepas kantoi tangkap basah, Aliff Aziz & Ruhainies bakal bagi kenyataan Pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies yang terliba

“Terdapat banyak spekulasi dan laporan berlebihan dengan apa yang sebenarnya berlaku. Tetapi saya juga faham tanggapan semua kerana keadaan tersebut telah menimbulkan syak wasangka yang boleh menimbulkan fitnah.

“Seharusnya keadaan yang dapat dielak akan tetapi saya akan memberikan keterangan tentang apa yang berlaku sebenarnya nanti bagi mengelakkan lebih salah faham tentang apa yang terjadi,” ujar suami kepada selebriti Bella Astillah menerusi hantaran di Instagram pada Sabtu.

Menurut penyanyi lagu ‘Sayang Sayang’ itu, niatnya bukanlah untuk membuat kenyataan yang ingin menegakkan benang yang basah, tetapi sekadar untuk berkongsi dengan sesiapa yang berminat mendengarnya.

“Selebihnya saya mohon maaf atas apa yang terjadi dan semoga keterangan yang akan saya sampaikan nanti sedikit sebanyak dapat menerangkan tanggapan semua. Insya-Allah,” katanya.

Dalam pada itu, Ruhainies melalui hantaran di Instagram menyatakan bahawa terdapat beberapa kenyataan yang tidak tepat yang kini tersebar di media sosial mengenai kes yang melibatkan dia dan Aliff.

“Walau bagaimanapun saya ingin memohon maaf kepada semua atas apa yang terjadi. Saya juga berharap spekulasi ini dapat dihentikan sehingga saya memberikan kenyataan bagi mengelakkan dari kekeliruan dan salah faham. Insya-Allah,” katanya.

Pada hari Sabtu, media melaporkan bahawa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) telah mengesahkan penahanan sepasang selebriti yang dipercayai berada bersama-sama di sebuah kondominium mewah di bandaraya pada malam Jumaat.

Baca :

“Buka api terus..” – Cara goreng sosej supaya tak kecut, elok kejadiannya!

Nak kurangkan tekanan darah? Lakukannya dengan mudah guna bahan yang ada di rumah

Elakkan pembaziran, jom masak bubur nasi sedap guna lebihan nasi kenduri