Bukan sahaja bak kut teh, ini 9 lagi makanan diiktiraf Warisan Negara

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Heboh di media sosial terutamanya penyokong parti pembangkang apabila mempersoal kewajaran bak kut teh atau sup rusuk khinzir sebagai makanan warisan negara.

Padahal, terdapat 9 lagi jenis hidangan diwartakan sebagai makanan warisan negara dalam Pengisytiharan Objek Warisan 2024.

Pesuruhjaya Warisan Jabatan Warisan Negara, Mohamad Muda Bahadin berkata, 10 makanan itu telah diwartakan sebagai objek warisan melalui kuasa yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 49(1) Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645].

Bukan sahaja bak kut teh, ini 9 lagi makanan diiktiraf Warisan Negara
Bukan sahaja bak kut teh, ini 9 lagi makanan diiktiraf Warisan Negara

Jelasnya, makanan lain yang turut tersenarai adalah dodol kukus tahi minyak, kuih genggang atau lapis, karas, uthappam, jeruk tuhau dan air katira serta bah kut teh.

“Nasi ambeng dan mi kolok berada dalam kategori makanan ruji manakala dodol kukus tahi minyak, kuih genggang dan karas berada di dalam kategori kuih-muih.

“Bak kut teh disenaraikan sebagai objek dalam kategori sup manakala jeruk tuhau (makanan pembuka selera) dan air katira (minuman),” katanya.

Bagi yang tidak tahu, nasi ambeng adalah makanan etnik Jawa merangkumi hidangan nasi putih bersama pelbagai lauk.

Antaranya seperti ayam kicap, rendang daging, sambal goreng (tauhu, tempe, kacang panjang), bergedel serta serunding yang dihidangkan sama ada di dalam talam atau daun pisang.

Sementara itu, mi kolok adalah masakan yang terkenal di Sarawak dan burasak pula adalah sejenis makanan Bugis yang dihasilkan daripada beras dan santan.

Burasak biasanya dihidangkan semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Dodol kukus tahi minyak, kuih genggang dan kuih karas pula adalah kuih yang tersedia di pasaran sepanjang masa.

Jeruk tuhau pula merupakan antara makanan tradisional istimewa Kadazan-Dusun.

Tuhau adalah sejenis halia liar yang dicincang sebelum dicampur dengan beberapa bahan termasuk cili padi, limau kasturi dan bawang putih, disimpan di dalam bekas kedap udara untuk dijadikan jeruk serta ia sedap dimakan dengan nasi panas.

Dalam pada itu, air katira merupakan minuman popular setiap kali tiba bulan Ramadan dan ia dijual di bazar-bazar di seluruh negara.

Bak kut teh atau sup rusuk khinzir yang terkenal di kalangan masyarakat Cina merupakan hidangan yang direneh dengan pelbagai jenis herba dan rempah.

Baca :

Tidur pun dapat jadi duta, untunglah jadi ‘Cetel’

Wanita redah ‘highway’ lebih 4 jam semata – mata jual sayur kampung di KL

Terima sentuhan jemari Alha Alfa, netizen terkesima dengan kecantikan Puteri Balqis