Bukan saja-saja sentuh, rupanya ini sebab kenapa Polis di sentuh belakang kereta semasa tahan pemandu

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Ditahan polis ketika dalam perjalanan bukanlah satu pengalaman yang diinginkan.

Walaupun anda tahu anda tidak melakukan apa-apa kesalahan, namun terjentik juga rasa gentar dalam hati.

Misalnya, ketika ditahan dalam sekatan jalan raya, antara prosedur biasa dibuat polis adalah seperti meminta lesen memandu dan juga lesen kenderaan.

Bukan saja-saja sentuh, rupanya ini sebab kenapa Polis di sentuh belakang kereta semasa tahan pemandu

Jika kedua-dua dokumen penting tersebut masih aktif, biasanya anda akan dibenar meneruskan perjalanan. Tetapi jika anda ada melakukan kesalahan lain, ceritanya adalah berbeza. Saman, misalnya, menanti anda.

Namun, di Amerika Syarikat, ada satu prosedur berbeza yang dibuat oleh polis disana. Menurut Reader Digest, apabila menahan sesebuah kenderaan, polis akan menyentuh bahagian belakang kenderaan tersebut. Antara posisi kenderaan yang selalu disentuh adalah pada bahagian lampu belakang.

Kenapa polis Amerika sentuh belakang kereta yang ditahan?
Aneh, bukan? Kenapa dan apa keperluannya? Adakah ada maksud tersirat atau ia sebahagian daripada prosedur tambahan penguatkuasa di Amerika Syarikat?

Jika kita tidak berfikir panjang, mungkin kita menyangka bahawa pihak polis sedang memeriksa sama ada lampu yang dipasang pada bahagian belakang menepati piawaian.

Ada juga betulnya, tetapi jawapan tersebut bukanlah jawapan yang paling tepat. Rupanya tindakan menyentuh lampu belakang kereta ini ada justifikasinya.

Menurut seorang peguam, Joe Hoelscher, tindakan ini membuktikan bahawa pihak polis telah mendekati sesebuah kereta dan interaksi telah berlaku.

“Meninggalkan kesan cap jari pada lampu belakang kereta merupakan cara orang lama untuk mengecam kereta yang pernah ditahan. Lebih-lebih lagi jika ada sesuatu yang berlaku pada pegawai polis yang menahan kereta berkenaan,” jelas Hoelscher.

Secara umumnya, jika keselamatan pegawai polis diancam pemandu atau kereta ditahan melarikan diri, kereta itu boleh dijejaki kembali. Salah satunya menerusi cap jari anggota polis itu tadi.

Seterusnya, usaha polis untuk mengesan pemilik kenderaan berkenaan untuk tujuan penahanan atau siasatan menjadi lebih mudah.

Kenapa masih gunakan cara lama ini?

Sebelum penciptaan kamera papan pemuka dan kemera pada anggota badan, cap jari yang ditinggalkan pada lampu belakang kereta digunakan untuk membuktikan bahawa kereta terbabit telah melalui sekatan jalan raya.

Sungguhpun dengan pengenalan teknologi baharu, pegawai polis masih melakukan perbuatan ini sebagai satu rutin dalam pemeriksaan mereka.

BACA: “4 tahun kahwin aku tiada anak, isteri aku malu, dia paksa aku kahwin lain sebagai bukti aku tak mandul”