Caption kebetulan sama, netizen dakwa Aliff Aziz dan Ruhainies bercinta

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Sesetengah netizen mendakwa penyanyi Aliff Aziz dan aktres Ruhainies secara diam-diam berbalas hantaran di Instagram story.

Menerusi komen di Facebook, beberapa individu turut berkongsi gambar dari IG story

kedua-dua selebriti tersebut yang dilihat menggunakan emoji yang sama.

Lebih menarik perhatian, netizen berpendapat perkara ini kerana IG story yang dikongsikan Aliff dan Ruhainies berlatar belakangkan lagu yang sama.

Selain itu, netizen juga mendakwa bahawa hero dan heroin drama Terjerat ini menggunakan kapsyen yang serupa.

Caption kebetulan sama, netizen dakwa Aliff Aziz dan Ruhainies bercinta

Walaupun sudah beberapa bulan isu dakwaan hubungan mereka dan perceraian Aliff serta Bella Astillah diperkatakan,

nampaknya aktor tersebut dan Ruhainies masih menjadi sasaran kecaman netizen di media sosial.

BACA: Maya Karin kongsi foto berjemur tepi pantai, sekali lain pula yang netizen perasan