Cara ambil ukuran baju supaya tak salah pilih jika nak beli ‘online’

Oleh AHMAD BADRUL

Antara perkara penting yang perlu disiapkan apabila menjelang Aidilfitri adalah baju raya.

Tetapi kini ramai yang memilih untuk membeli pakaian raya secara dalam talian.

Ini kerana, anda tidak perlu bersesak-sesak, dan terdapat banyak rekaan yang menarik.

Cara ambil ukuran baju supaya tak salah pilih jika nak beli 'online'
Cara ambil ukuran baju supaya tak salah pilih jika nak beli ‘online’

Walau bagaimanapun, masalah mungkin timbul apabila membeli secara dalam talian, terutamanya jika saiz pakaian yang diterima tidak sesuai.

Ini boleh membuatkan kita rasa seperti sudah mengukur dengan betul tetapi saiznya tidak sesuai.

Kemungkinan ini berlaku kerana cara kita mengambil ukuran badan tidak tepat.

Ida Ismail, seorang tukang jahit, berkongsi cara yang betul untuk mengambil ukuran badan agar pakaian yang dibeli sesuai dengan tubuh badan anda.

Lebih baik ambil ukuran dengan tepat, supaya lebih mudah untuk menjangka dan mengubah kelonggaran.

1. BAHU: Mengukur dari belakang tulang bahu kanan ke tulang bahu kiri, sedikit di atas pangkal leher.

2. DADA: Ukur keliling dada dari belakang melalui titik tengah dada.

3. PINGGANG BAJU: Ukuran pinggang untuk baju sahaja, iaitu keliling pinggang yang paling ramping.

4. PINGGANG KAIN: Ada yang sama, ada yang berbeza dengan pinggang baju. Untuk yang memakai ‘low waist’, ukur di bahagian tersebut.

5. PUNGGUNG: Ukuran dari puncak punggung yang paling menonjol hingga ke perut.

Untuk yang perutnya agak buncit atau sedang mengandung, ukur dari belakang punggung hingga perut yang paling tinggi.

Jika tidak, kain di bahagian perut akan menjadi longgar.

6. LABUH LENGAN: Bengkokkan sedikit tangan anda dan ukur dari tulang bahu ke panjang lengan yang anda mahukan.

Pastikan tangan dibengkokkan untuk mendapatkan ukuran yang tepat.

7. LEHER: Ukur dari bahagian belakang leher sehingga ke tulang leher di depan.

8. LABUH BAJU: Ukur dari bahagian hadapan, melalui dada, sehingga ke panjang yang diinginkan.

Ukur melalui dada untuk mengelakkan baju daripada terlalu ketat.

9. Ukur labuh kain dari pinggang hingga ke bawah tapak kaki (tanpa memakai kasut). Jika memakai kasut tumit tinggi, pastikan untuk menambah labuh untuk menutupi tumit.

10. LABUH KAIN: Ukur labuh jubah dari bahu sejajar dengan pangkal leher, melalui dada, hingga ke panjang yang diinginkan.

Selamat mencuba.

Baca :

Puasa sebenarnya baik untuk kesihatan ‘otak kedua’, doktor ini kongsi 12 panduan patut amal sepanjang Ramadan

Tutup kilang selepas 50 tahun bertapak di Shah Alam, ini fakta Goodyear yang ramai mungkin baru tahu

Lelaki strok luluh hati tengok isteri anggota polis ditangkap khalwat dengan rakan sekerja