Dah ada kes umur 11 tahun pun kemurungan, pakar psikiatri ini dedah punca budak cenderung bunuh diri

Oleh AHMAD BADRUL

Masalah kesihatan mental zaman sekarang tidak mengira usia apabila kanak-kanak berumur 11 tahun pun ada yang sudah mengalami kemurungan.

Pakar psikiatri Dr Ruziana Masiran berkata, beliau pernah merawat pesakit berusia 11 tahun yang mengalami keadaan kritikal itu.

Puncanya akibat masalah keretakan rumah tangga ibu bapa yang tidak diuruskan dengan baik.

Dah ada kes umur 11 tahun pun kemurungan, pakar psikiatri ini dedah punca budak cenderung bunuh diri
Dah ada kes umur 11 tahun pun kemurungan, pakar psikiatri ini dedah punca budak cenderung bunuh diri

Antara penyumbang tekanan kepada kanak-kanak sekarang, katanya, ialah mereka dikelilingi pelbagai cabaran termasuk tuntutan akademik, harapan ibu bapa dan sebagainya.

Hal ini, jelasnya, mungkin berbeza pada tiga dekad dahulu apabila perkara yang memonopoli kanak-kanak ialah bermain dengan rakan sebaya.

“Tidak dapat disangkal, kanak-kanak hari ini sering menghadapi jangkaan akademik yang lebih tinggi, dan tekanan untuk cemerlang di sekolah.

“Hal ini boleh menyebabkan stres, kebimbangan dan rasa tidak cukup bagus.

“Apatah lagi tahap sukatan mata pelajaran sekarang jauh lebih tinggi berbanding dahulu,” katanya, dipetik Harian Metro.

Dr Ruziana menambah, pengaruh media sosial dan buli siber turut menyumbang kepada peningkatan masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak.

Ujarnya, menerusi media sosial, kanak-kanak terdedah kepada kandungan berbahaya yang boleh membawa kesan negatif kepada kesihatan mental mereka.

“Selain itu, kurangnya sokongan sosial, iaitu perubahan dalam struktur keluarga, peningkatan mobiliti dan pergantungan pada teknologi untuk komunikasi.

“Hal inilah menyumbang kepada penurunan rangkaian sokongan sosial untuk kanak-kanak.

“Akibatnya, mereka berasa terasing atau terputus hubungan dengan individu yang sepatutnya memberikan mereka sokongan moral,” kata Dr Ruziana lagi.

Baca :

Wanita redah ‘highway’ lebih 4 jam semata – mata jual sayur kampung di KL

Pemilik homestay luah rasa kesal dapat penghuni tidak jujur, tinggalkan rumah bersepah

Resipi pecal sambal sedap & naik rasa, rupanya kena lebihkan bahan ini