Dah lama penduduk ‘hilang’, pengguna tiktok dedah kampung berhantu yang dah lama ditinggalkan

Oleh NADIA HARON

Video tular kampung ‘berhantu’ yang meraih enam juta tontonan itu dikongsi oleh seorang pembaca meter elektrik yang pergi ke kawasan kampung tersebut.

Dia membuat rakaman video sambil menaiki sebuah motor di kawasan kampung yang sepi tanpa penduduk itu.

Dalam video itu, dia turut menunjukkan beberapa buah rumah yang usang.

Dah lama penduduk 'hilang', pengguna tiktok dedah kampung berhantu yang dah lama ditinggalkan

Namun, seorang pengguna TikTok tampil membuat penjelasan bahawa kampung itu mempunyai dua bahagian.

Menurut individu itu, sebahagian kampung itu terbiar tanpa penghuni, manakala separuh lagi masih mempunyai penduduk.

 

Baca juga:  Jawatan Kosong di SPRM bagi tahun 2024, mohon di sini sekarang