Dahsyat penangan netizen bila jadi hakim, Tamara terus diserang selepas kematian anak

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Penangan netizen apabila jadi hakim jangan dibuat main-main seperti dahsyatnya apa yang sedang berlaku di negara jiran, Indonesia.

Tamara Tyasmara terus diserang dan masih menjadi perdebatan dalam dunia hiburan republik itu selepas kematian anak pelakon berkenaan.

Rata-rata netizen di negara dengan populasi Muslim paling ramai di dunia itu mahu suspek iaitu kekasih Tamara dikenakan hukuman berat.

Dahsyat penangan netizen bila jadi hakim, Tamara terus diserang selepas kematian anak
Dahsyat penangan netizen bila jadi hakim, Tamara terus diserang selepas kematian anak

Malah, Tamara juga dipanggil polis untuk siasatan semula berhubung kematian Raden Adante Khalif Pramudityo atau Dante, 6.

Mangsa didakwa dibenamkan Yudha Arfhandi di dalam kolam renang pada 27 Januari lalu.

Netizen menuduh pelakon berusia 29 tahun itu mempunyai kaitan dengan kematian anaknya.

Berduyun-duyun rakyat Indonesia dilihat mengambil peluang meluahkan kemarahan dan rasa tidak puas hati mereka dengan menyasarkan Instagram aktres filem ‘Ketika Tuhan Jatuh Cinta’ itu.

Bermacam-macam tohmahan dan kutukan dilemparkan terhadap ibu tunggal anak satu itu.

Ada yang turut mendoakannya berhadapan musibah paling teruk kerana merestui kekasih melemaskan anak sendiri.

Walaupun pihak polis berulang kali menafikan Tamara terlibat, namun ramai mendesak pihak berwajib meng­heretnya ke mahkamah.

Sementara itu, bekas suami Tamara, Angger Dimas yang masih berkabung meminta orang ramai bertenang.

Angger Dimas juga berharap warganet tidak menyerang ibu kepada anaknya itu.

Baca :

Kopi RM5.74 punya pasal, hukuman dikenakan terhadap pengetua ini amat mengejutkan

‘Tanya sepatah, jawab sepatah’ – Jawapan gadis ini buat pegawai terkejut, telan air liur

Buah kurma mana boleh pesakit buah pinggang makan banyak, pegawai farmasi ini jelaskan sebabnya