DIY sendiri & jimat sampai subuh! Jom belajar buat lampu pelita guna minyak masak je

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Nampaknya kita boleh membuat lampu pelita raya sendiri dengan menggunakan minyak masak.

Ia lebih jimat dan boleh tahan menyala sehingga subuh.

Harga pelita raya yang sudah siap pun agak tinggi.

DIY sendiri & jimat sampai subuh! Jom belajar buat lampu pelita guna minyak masak je
DIY sendiri & jimat sampai subuh! Jom belajar buat lampu pelita guna minyak masak je

Apabila kita pasang pelita di rumah, malam 7 likur akan menjadi lebih meriah.

Cuba buat sendiri mengikut cara yang dikongsi dalam video TikTok Fadildil12 ini.
Ia sangat mudah, cepat, dan kosnya paling murah.

Bahan yang diperlukan:

– Cawan kaca atau bekas plastik
– Minyak masak
– Pewarna merah atau apa-apa pewarna
– Air
– Pelampung sumbu
– Sumbu

Cara-caranya:

1. Penuhkan air dalam jug, tambahkan pewarna, dan kacau rata.

2. Kemudian curahkan air tersebut ke dalam bekas plastik.

3. Setelah itu, masukkan minyak masak.

4. Letakkan pelampung sumbu.

5. Terakhir, letakkan sumbu.

6. Selesai! Anda boleh hidupkan menggunakan pemetik api.

Selamat Mencuba! Semoga bermanfaat.

Maklumat Tambahan!

Maklumat Tambahan!

Jika sumbu lampu habis, anda boleh mendapatkannya dari kedai India yang menjual bunga atau kedai Cina yang menjual barang sembahyang.

Terdapat juga minyak berwarna merah yang boleh digunakan.

Jika tidak ada tali sumbu, anda boleh menggantikannya dengan tisu atau tali mop.
Jika tiada elektrik di rumah, anda boleh menggunakan lilin sebagai penjimatan.
Anda juga boleh menggunakan minyak terpakai untuk penjimatan.

Baca :

Mahal tak semestinya bagus! Lelaki kongsi pemilihan barangan elektronik yang elok

“Buka api terus..” – Cara goreng sosej supaya tak kecut, elok kejadiannya!

Ibu – ibu wajib buat bebola keledek manis untuk juadah moreh Ramadan