Dr Puad Zarkashi dedah ‘formula’ Kerajaan Perpaduan boleh menang bergaya PRU 16

Oleh ISMAIL YAHYA

Kerajaan Perpaduan berpotensi untuk mencapai kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16)

jika momentum kerjasama antara parti komponen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang ditunjukkan

pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dapat dikekalkan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi, menyatakan bahawa kemenangan besar dapat diraih

oleh Kerajaan Perpaduan sekiranya kerjasama BN-PH pada masa ini terus ditingkatkan.

Dr Puad Zarkashi dedah 'formula' Kerajaan Perpaduan boleh menang bergaya PRU 16

Menurutnya, kunci utama kepada kemenangan besar adalah kepercayaan antara BN dan PH dalam menghadapi cabaran menjelang PRU-16, terutama dalam hal pembahagian kerusi, kerjasama jentera, dan manifesto.

“Apatah lagi jika tempoh hingga bulan Disember 2027 tidak disia-siakan. Menteri dan kerajaan mesti membuktikan kepada rakyat bahawa mereka berprestasi tinggi.

“Tidak ada formula yang mengarut dan menjadi bahan jenaka. Bagi UMNO, isu Najib (bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak) tetap merupakan isu utama,” katanya dalam catatan di laman sosial Facebook hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Timbalan Setiausaha Agung DAP, Liew Chin Tong, yang menyifatkan PRU-16 sebagai medan sebenar untuk menguji Kerajaan Perpaduan, di mana usaha perlu dilakukan untuk meyakinkan ahli DAP dan rakyat keseluruhannya agar percaya pada gabungan BN-PH.

Dalam pada itu, Mohd. Puad juga sependapat dengan Chin Tong bahawa PRU-16 merupakan ujian sebenar bagi Kerajaan Perpaduan, sama ada ia mampu bertahan atau hanya sekadar bertahan selama sepenggal.

Pada PRK DUN Mahkota bulan lalu, calon BN yang mewakili Kerajaan Perpaduan, Syed Hussein Syed Abdullah, telah menang dengan majoriti besar iaitu lebih 20,000 undi setelah berjaya menarik sokongan pengundi PH termasuk ahli DAP.

BACA: Apple rugi RM10.55 juta, scammer berjaya buat Apple ganti iPhone tiruan dengan original