Dr Zulkifli saran henti sambut ‘birthday’ di kubur, sebaiknya sedekah dan doa kepada si mati

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Setiap kali ada kematian dalam keluarga, pasti kita merasakan rindu yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

Terutamanya jika ibu bapa kehilangan anak.

Walaupun kita cuba menerima apa yang berlaku, tetapi perasaan sedih dan rindu tetap dirasakan.

Dr Zulkifli saran henti sambut 'birthday' di kubur, sebaiknya sedekah dan doa kepada si mati
Dr Zulkifli saran henti sambut ‘birthday’ di kubur, sebaiknya sedekah dan doa kepada si mati

Untuk mengatasi rasa rindu itu, ada ibu bapa yang sering mengunjungi pusara anak, terutamanya pada hari jadi anak mereka.

Ada yang membuat trend dengan membawa kek ke kubur anak mereka untuk merayakan hari tersebut bersama-sama.

Namun, menurut bekas Menteri Hal Ehwal Agama dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, lebih baik jika ibu bapa mengadakan jamuan makan untuk anak-anak yatim sebagai ganti tindakan tersebut.

Selain itu, antara amalan sedekah yang lain, memberi makan kepada orang miskin sangat penting kerana kedua-duanya memberi manfaat yang besar kepada diri kita sendiri, selain memohon keampunan daripada Allah.

Dia menekankan bahawa tujuan menziarahi kubur adalah untuk mengingatkan kita tentang kematian dan hari akhirat, bukan tentang kehidupan atau kelahiran.

“Tindakan sedemikian hendaklah dihentikan dan digantikan dengan doa dan begitu juga digantikan dengan sedekah kepada si mati. Inilah yang dianjurkan dalam Islam.

“Kami telah bahaskan berkenaan pahala yang sampai kepada si mati, walaupun dia sudah berada di alam barzakh. Mudah-mudahan tindakan yang kita lakukan ini, dipandu oleh syarak dan disluh oleh hadyu nabi dan seterusnya kita menjadi orang yang benar-benar mengikuti ajaran Islam,” tulisnya.

Baca :

Ibarat ‘mendidih’ dek bahang, sebenarnya ada cara yang betul untuk buat ruang kereta cepat sejuk

Rupanya kena rendam dengan bahan ini, baru lah mudah untuk kupas kulit bawang

Selain dapat jaga kesihatan mata, ini khasiat terung yang anda perlu tahu!