“Duit last ayah …” – Ramai pula mengaku kepunyaan mereka apabila tular sekeping note RM50

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Menurut laporan daripada Kosmo! Online, wang tunai bernilai RM50 yang menjadi perbualan hangat dengan tulisan ‘duit terakhir yang ayah berikan pada 11/5/20, al-Fatihah’ menarik perhatian beberapa orang yang mendakwa sebagai pemilik wang tersebut.

Mohd. Azfarul Zainol Akmar, 35 tahun, atau lebih dikenali sebagai Tuah Lim yang menemui wang tersebut, berkata bahawa sejak cerita tersebar melalui media sosial semalam, beberapa orang telah menghubunginya.

“Sudah ada beberapa orang yang menghubungi saya menyatakan duit terbabit milik mereka, namun saya perlu berhati-hati untuk mengetahui pemilik sebenar.

"Duit last ayah ..." - Ramai pula mengaku kepunyaan mereka apabila tular sekeping note RM50
“Duit last ayah …” – Ramai pula mengaku kepunyaan mereka apabila tular sekeping note RM50

“Walaupun RM50, tetapi agak pening untuk mengetahui siapakah pemilik sebenar. Untuk betul-betul sampai ke tangan pemiliknya saya banyak juga bertanyakan pandangan rakan-rakan,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Menurut Tuah Lim, untuk mengenal pasti pemilik sebenar, dia perlu sedikit masa untuk membuat keputusan tentang hal itu.

Dia menyatakan bahawa sehingga hari ini, wang tersebut masih disimpan dengan teliti olehnya dan tidak akan digunakan sehingga pemilik sebenar datang untuk mengambilnya.

“Masih dalam jagaan saya dan saya tidak akan menggunakan duit ini sehingga bertemu tuan asalnya,” jelas Tuah Lim.

Pada awalnya, Kosmo! melaporkan tentang seorang remaja yang menemui sekeping duit berjumlah RM50 ketika sedang mengeluarkan wang dari mesin pengeluaran tunai automatik (ATM) di sebuah stesen minyak di Gambang baru-baru ini.

Selepas itu, remaja tersebut membuat satu pos di Facebook dengan tujuan mencari pemilik sebenar wang kertas RM50 tersebut.

Baca :

‘Tanya sepatah, jawab sepatah’ – Jawapan gadis ini buat pegawai terkejut, telan air liur

Masih ramai gagal, rupanya ini punca berat badan naik

Pelik tabiat lelaki ini ratah ayam mentah, ramai hairan apa yang berlaku selepas 100 hari