Eizlan Yusof mengeluh tiada job lepas hilang deposit PRU15?

Oleh GEMILANGDAILY

Eizlan Yusof mengeluh tiada job lepas hilang deposit PRU15? Pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof mendakwa sudah enam bulan tidak menerima tawaran berlakon terutama drama.

Eizlan atau nama sebenar, Idris Md Yusof, 52, keadaan itu disedari selepas beliau bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), mewakili parti Gabungan Tanah Air (GTA) di bawah Pejuang, November lalu.

Eizlan bagaimanapun tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN), Kalam Salam yang meraih 17,973 undi.

Eizlan Yusof mengeluh tiada job lepas hilang deposit PRU15?

“Sejak November lalu, tawaran berlakon drama memang ‘sunyi’ berbanding sebelum ini.

“Tawaran berlakon filem ada, tetapi, untuk stesen televisyen (TV), tiada langsung.

“Tidak tahulah sama ada industri sekarang memang ‘sendu’ atau ada cerita lain di sebaliknya. Saya tidak tahu,” katanya ditemui pada rumah terbuka Aidilfitri dan pelancaran Vibes International Agency di Bora Ombak di sini, baru-baru ini.

Ditanya adakah beliau diboikot berikutan pembabitan dirinya dengan parti politik pembangkang, pelakon filem PASKAL dan Town Mall ini tidak berani mengesahkan perkara itu.

“Saya pun tidak dimaklumkan alasan mengapa. Saya tak berani hendak sahkan perkara itu (boikot).

“Cuma ini adalah tempoh paling lama saya berehat daripada penggambaran. Ketika zaman gawat dahulu, saya masih terima tawaran berlakon.

“Perkara ini masih lagi menjadi misteri buat saya. Tepuk dada tanyalah selera,” katanya berkias.

Sehubungan itu, Eizlan banyak menghabiskan masa bersama keluarga selain menguruskan perniagaan.

Vibes International Agency adalah sebuah agensi yabg ditubuhkan Eizlan untuk mencari bakat bagi platform media sosial TikTok.

BACA:

Kaki kanak-kanak ini tersangkut celah kerusi, tapi muka tenang curi tumpuan netizen

YDP Agong dan Permaisuri hadir pertabalan King Charles iii tapi lain pula media antarabangsa perasan